A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Kempen di Permatang Pauh, antara fitnah liwat dan sayang kepada Anwar

Kempen di Permatang Pauh, antara fitnah liwat dan sayang kepada Anwar PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 20 August 2008 09:10

Tarikh 26 Ogos 2008 sangat dinantikan penduduk Permatang Pauh apabila bekas ahli Parlimen mereka kini kembali menaruh harapan untuk berjuang mewakili rakyat sejak terpaksa meninggalkan posisi empuk dalam BN kerana fitnah 1998.

Wan Nordin Wan Yaacob, HARAKAH

Sejak Sabtu, 16 Ogos 2008 perang bendera di Permatang Pauh telah bermula dan hari penamaan calon pada tarikh tersebut juga sebagai penanda kepada bermulanya kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh menjadi cukup singnifikan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim tatkala 'hayat politiknya' tersambung semula selepas April lalu sekatan ke atasnya tamat secara rasminya.

Walaupun sekatan telah tamat, namun kerajaan Umno-BN terus menerus menggunakan pelbagai ruang terutamanya akhbar dan televisyen untuk memburuk-burukkan Anwar, dan tidak cukup dengan itu 28 Jun lalu, Anwar dihidangkan sekali lagi dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Gempar dan gegak gempita seluruh negara hingga ke hari ini dengan media-media cuba memomokkan kepada rakyat bahawa benar sekali Anwar meliwat Saiful, sedangkan ketika ini mahkamah pun belum memulakan perbicaraan kes tersebut.

Tidak cukup dengan itu Anwar cuba dilagakan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan segaja tulisan yang diterbitkan media arus perdana hanya semata untuk meyakinkan Pakatan Rakyat kini berpecah.

Walaupun hakikatnya Anwar mengakui ada salah faham, tetapi salah faham tersebut tidak serius dan tidak boleh menggoncang keutuhan Pakatan Rakyat.

Walhal kata Anwar, yang berpecah kini adalah Barisan Nasional dan dalaman Umno itu sendiri yang tertempias dari pergeseran dalaman yang menyebabkan kini parti nasionalis itu mula 'meroyan' mencari mangsa untuk 'dikambing hitamkan'.

Selepas sekian lama terpenjara dalam tahanan kerajaan BN, tahun 2004, Anwar bebas dengan bersyarat namun syarat itu terlerai pada April 2008 yang menyebabkan kini Anwar kembali ke persada politik menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tarikh 26 Ogos 2008 sangat dinantikan penduduk Permatang Pauh apabila bekas ahli Parlimen mereka kini kembali menaruh harapan untuk berjuang mewakili rakyat sejak terpaksa meninggalkan posisi empuk dalam BN kerana fitnah 1998.

Kembalinya Anwar kali ini bagaimanapun masih dibayangi dengan tuduhan-tuduhan ke atasnya, dan skrip paling mencabar kematangan politik Anwar ialah pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari sehari sebelum penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

Tatkala itu Anwar sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun beberapa hari sebelum itu dibayangi dengan tindakan kerajaan mengheret beliau ke mahkamah atas tuduhan liwat.

Dalam tinjauan di Permatang Pauh, sejak kempen bermula suasana masyarakat di sini tiada bezanya cuma sebelah malam lebih sibuk memandangkan adanya ceramah-ceramah kelompok, mesyuarat di sana-sini, program turun padang bakal wakil rakyat baru, program makan-makan memujuk hati pengundi dan program hiburan tajaan Umno-BN.

Seorang kenalan penulis, Azman Haron yang juga seorang peguam di Permatang Pauh menceritakan perihal kempen Umno-BN kali ini termasuk kempen Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dengan yakin Azman memberitahu, kempen Najib sedikitpun tidak menjejaskan tanggapan masyarakat Permatang Pauh terhadap Anwar, malah pengundi rata-rata menolak isu fitnah yang dimainkan Umno dalam kempen di sini.

Kempen-kempen menggunakan jentera Puteri Umno dengan wajah dan pakaian seksi sekalipun tidak mampu membuka 'nafsu' pengundi di Permatang Pauh untuk menoleh pandangan kepada Umno, kata rakan penulis itu.

Kenyataan yang sama juga diberikan Adun Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman kepada penulis tatkala menziarahi beliau di pejabatnya semalam bahawa kehadiran jentera Umno di Permatang Pauh tidak mendapat sambutan penduduk.

Sebaliknya ujar Hamdan, sambutan hangat hanya berlaku dalam program-program kempen Anwar hingga jalan sesak dibuatnya.

Di kawasan Permatang Pasir sendiri, Hamdan menjelaskan kepada penulis bahawa cukup sukar bagi Umno untuk menembusi kesetiaan pengundi kepada Anwar yang pernah menjadi wira mereka sewaktu memimpin Parlimen tersebut sejak 1982 hingga 1998.

Terpelantingnya Anwar dari Umno tidak memberi kesan kepada penyokongnya dari parti asalnya itu, sebaliknya kini penyokong setianya terus menurut langkah Anwar termasuk menunjukkan taat setia dengan memilih isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Parlimen tersebut selepas Anwar terpenjara hingga eddah politiknya tamat.

Walaupun didada-dadah akhbar serta dikaca-kaca televsyen, Anwar digambarkan sebagai pengkhianat, pemimpin yang rosak moralnya, dan pemimpin yang kononnya mengkhianati Melayu, namun di hati pengundi Permatang Pauh, nama Anwar dinanti sebagai mewakili hasrat mereka.

Biar pun Najib dan konco-konco Abdullah Ahmad Badawi membawa segala macam emas berlian dan permata di Permatang Pauh selain janji yang disifatkan penduduk sebagai 'janji kosong' calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah, hati pengundi tidak berganjak mahukan perubahan dilakukan Anwar.

Jalan menuju ke Putrajaya kini menjadi ayat keramat kepada penduduk Permatang Pauh yang mahukan perubahan setelah melihat 10 tahun mereka dipinggirkan arus pembangunan kerana dendam Umno-BN di parlimen ini yang diumpamakan sebagai 'ladang bakti' Anwar kepada rakyat.

Pesan Anwar kepada penduduk Permatang Pauh semasa kunjungan penulis menemubual beliau di Yayasan Aman Selasa 19 Ogos, bahawa merekalah agen kepada perubahan yang mereka impikan selama ini, dan di tangan merekalah terletak kehendak perubahan itu.

 

Comments (15)Add Comment
...
written by smpadayachi, August 20, 2008 10:34:47
Sdr Wan Nordin sebelum saya ingin mengucapkan tahniah & beribuan terima kasih utk sumbangan anda disini, izinkan lah saya utk menuniakan salam hormat utk anda dan keluaraga anda, dgn setakat itu syabas utk menyiarkan kebenaran spti ini utk tatapan umum yg amat memuaskan..most importantly to masyarakat India. Tak pernah saya tersentuh dg perbuantan yg begitu hina & kejam dari mahluk berjenama dgn nama Islam. Yes..I've never seen a person in my life that has been humiliated, and have taken the beating like anyone on this planet earth could ever go thru. It's a crying shame, how someone of a same religious and ethnic background can be so cruel until they're running out of reasons to blame Mr. Anwar Ibrahim to make sure he never becomes the next Prime Minister of Malaysia. Well, for the United Malay National Organisation..get over..because org Melayu tak percaya dgn cerita rekaan dgn seorg pondan gian yg begitu karut itu. Percayalah Tuan Nordin..this is so horrible that it makes me devoid of words to express how frustrated we're with the present ruling administration. If they are talking about getting score points from Indian scrape dealers, and anyone they can call Ahne dan Ammah..that is not going to fly. Mana ada org dari mrk yg sanggup berturn padang..and even had toseh from our Indian sister?

The only thing that really makes me so freaking angry is the Saiful Bukhari Azlan..pondan, muka sial, haram jadah. dubuq yg begitu gatai tue..patutlah dapat hadiah yg dia sedang menunggu selama ini..and that's is nothing but hell in the form of Malaysian people.. he's going to get from. Menyampah seorg dewasa dan umur yg begitu kecik tue..has these much gian for the ringgit, that he wishes to swear on the holy Koran. Mungkin org Melayu that might be easily swayed will understand the importance..but those who're born in 70's 80's and 90's or even earlier then that..might know very well..these are nothing but sandiwara, cerita dongeng yg langsung tak laku. Org yg ketinggalan zaman, golongan dididikan dari sampah telah diupah utk menyiarkan sampah sarap dlm masjid.

On this note our family along with the Indian communities in Malaysia wish from the our bottom of hearts..the best, and heartful desire to see Mr. Anwar Ibrahim to be next Prime Minister of Malaysia. Valga Makal Sakthi, Hidup Anwar and Long Live Anwar Ibrahim.
report abuse
disagree 2
agree 71
...
written by Mangan, August 20, 2008 10:55:31
GO FOR IT, DSAI! Help save Malaysia for a better future.

Yes, God is always with us...
report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by ladasiber, August 20, 2008 11:31:35
Kempen-kempen menggunakan jentera Puteri Umno dengan wajah dan pakaian seksi sekalipun tidak mampu membuka 'nafsu' pengundi di Permatang Pauh untuk menoleh pandangan kepada Umno, kata rakan penulis itu.


Yes, the hadharians are very good at that, despite most of the puteris are no longer sexy (bila berjalan dah macam lori balak panjat bukit pun ada). Anak-anak sapa lah tu agaknya?

Saiful tak nak jadi Ketua Puteri ke nanti? I think you are qualified since you have no balls.
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by Concerned_Citizen, August 20, 2008 12:17:03
Get ready, the race is going to begin in 10, 9, 8, 7, 6, ... wait, where is the racer BN01?

So sorry PKR01, you either got to wait or I pronounce you the winner.
report abuse
disagree 3
agree 6
...
written by Eskay Lim, August 20, 2008 13:25:43
Looks like all those campaign agents for the Barisan Nasional are experiencing difficulty in making any head-way to convince those loyally-stubborn voters of Permatang Pauh, who happen to be the die-hard supporters of Datuk Seri Anwar Ibrahim.
There is no way they can be swayed even by the presence of DPM or PM Badawi himself.
Even the sexily-dressed Puteris are not getting any attention.
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by OMARZ, August 20, 2008 13:33:03
Gempar dan gegak gempita seluruh negara hingga ke hari ini dengan media-media cuba memomokkan kepada rakyat bahawa benar sekali Anwar meliwat Saiful, sedangkan ketika ini mahkamah pun belum memulakan perbicaraan kes tersebut.

Era Tun M, isu yang sama digunakan oleh BN yang mengheret rakyat dalam dilema mencari KEBENARAN...sekali lagi isu yang sama digunakan dalam era Badawi yang cuba meyakinkan rakyat bahawa sahnya isu ini BENAR belaka dan tiada yang BENAR melainkan yang benar...kempen media masa yang 100% dikuasai BN cuba memBENARkan yang YANG TIDAK BENAR tidak lagi mampu diterima oleh rakyat...Malaysia Today mendedahkan kepincangan politik dalaman BN yang telah lama menjerat leher mereka dan kroni mereka...Era Badawi masih ditakuk katak di bawah tempurung dan berharap isu era Tun M pasti dapat menjerat rakyat sekali lagi...percaturan taktik ini memberikan keyakinan kepada rakyat betapa KEJInya kepimpinan UMNO yang dipelopori oleh golongan BINATANG bertopengkan MELAYU...
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by Rawna, August 20, 2008 14:21:12
Pilihanraya P44 macam Najis lawan Anwar. Mana pi si Arif Shah tu yg ada ijazah2 yg dibeli? Jadi proksi shj dan biarkan diri digunakan & dpt $$$$$ banyak. BN memang dah tak ada modal selain menggunakan proksi dan taktik2 kotor dan kita semuanya harus memberi sokongan utk kemenangan besar kpd DSAI dan kemudian mara bersama-sama beliau ke Putrajaya. PR for CHANGE.
report abuse
disagree 2
agree 11
...
written by Jack Sparrow, August 20, 2008 14:59:25
And they said that the sodomy charge is not politically motivated.

Why then is the swearing act is being played on the biggest screen in Pematang Pauh over and over again, and the papers could even say that "He" looked "handsome" on the big screen. What kind of ****ing liars do we have in this country, it makes me want to puke each time I think of this "jual bontot" person and all those around him.

Yuckkkk!!
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by mob1900, August 20, 2008 15:21:47
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by ibabonma, August 20, 2008 15:34:02
Pemimpin UMNO sekarang ini masih tidak sedar yang kita berada pada tahun 2008, bukan lagi tahun 60an atau 70an dimana orang Melayu masih bodoh-bodoh dalam hal-hal politik kerana membaca Utusan dan Berita sahaja. Gunakanlah strategi yang bijak dan matang. UMNO dah lupa selepas Tunku bersumpah didalam masjid dahulu, Malaysia didatangi bencana besar iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Melapataka apa pula akan kita lalui selepas ini?
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by kawoix, August 20, 2008 15:43:10
O Poor People

Let us invoke a healthy heart-breaking
Towards the horrible world:
Let us say 0 poor people
How can they help being so absurd,
Misguided, abused, misled?
With unsifted saving graces jostling about
On a mucky medley of needs,
Like love-lit shit,
Year after cyclic year
The unidentifiable flying god is missed.
Emotions sit in their heads disguised as judges,
Or are twisted to look like mathematical formulae,
And only a scarce god-given scientist notices
His trembling lip melting the heart of the rat.
Whoever gave us the idea somebody loved us?
Far in our wounded depths faint memories cry,
A vision flickers below subliminally
But immanence looms unbearably:
TURN IT OFF! they hiss.

who is our next PM????
http://kawoix.blogspot.com/200...orons.html
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Keribang, August 20, 2008 16:02:50
well said.I wonder what pak lah must be thinking right now.Nori,kamaludin,khairy...oh so much to think about..of course jeanne
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by miwaki, August 20, 2008 16:35:47
Can all of you recall the incident in Port Dickson where our mongolian hero escaped in the middle of the night just to avoid being caught red handed with one woman by Pak haji of religious dept ? Ha Ha,I don't know whether this mongolian hero dares to swear on the Quran that the si gatal was not him but his look-alike !
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by The bags, August 20, 2008 19:47:34
RPK....pls tell voters of PP FORGET Abt Saiful....he is alive , not dead unlike Altantuya....whether he was sodomised or not let him and DSAI faced their God in their own grave.... most important thing to all of us is Anwar must be in parliament for our better future...LET SEND ANWAR TO PARLIAMENT SEND ALTANTUYA KILLER TO HELL...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Blackjacket, August 20, 2008 20:45:42
It is only when there is election that we see all the big guns PM,DPM and cronies turun padang and camping in PP. What about the past 10 years, where did all this arse holes go. With election you can see najis promising this and that, visiting the poor attendding a wedding and funeral. If these politicians have carried out this practice every now and then during the past ten years then they might be able to convince the rakyat. But it is already too late. To the people of PP vote for DSAI, you will be the most blessed people in the future when DSAI becomes the PM. I heard from some of my very close malay friends that BN - UMNO has been going around giving handouts(cash) to vote for them. This friends told me " depa bagi kita ambik, lagipun itu duit kita, tetapi pangkah tetap PKR". Lets hope for a new dawn and era on 27 Aug.08. DSAI the people of PP are with you, may your wish come true.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM