A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow MB: Islam hadhari 'buang masa'

MB: Islam hadhari 'buang masa' PDF Print E-mail
Posted by admin   
Monday, 16 June 2008 16:09

(Malaysiakini) - Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia "mengelirukan" dan programnya "membuang masa", kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menambah, Islam hadhari hanyalah "persoalan nama" dan tidak harus menjadi isu.

"Sebenarnya memang tidak ada isu. Isunya, kita tidak mahu menggunakan nama hadhari. Itu saja. Hadhari itu mengelirukan masyarakat. Kalau Islam, Islamlah, buat apa hadhari lagi," katanya, sewaktu diminya mengulas kenyataan exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bulan lalu.

Khalid turut menyifatkan program itu sebagai "membuang masa".

"Tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa.

"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya, di kediaman rasminya Sabtu lepas.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.

"Ada, saya dengar. Ada budak-budak sekolah, budak universiti kena tahu apa itu Islam hadhari. Itu darjah tiga, darjah empat saja.

"Pada saya, (di) peringkat universiti, (perlu dibincangkan soal) mengapa perbezaan Islam zaman Saidina Umar dengan zaman Ottoman (Turki). Dan bagaimana cara ia dibangunkan.

"Macam saya mengkaji macam mana Umar Abdul Aziz dapat memerintah di zaman Baghdad, (ia) berbeza dengan pemerintahan Ottoman di beberapa tempat (seperti) di Granada, Sepanyol, di Sarajevo. Saya nak buat sesuatu lebih tinggilah. Maknanya orang Malaysia boleh berbincang dengan luas Islam yang kita hendak perkembangkan," katanya, mengulas program-program Islam hadhari yang dijalankan jabatan persekutuan di negeri itu.

Comments (18)Add Comment
...
written by arazak, June 16, 2008 16:32:04
The real meaning of Islam Hadari for UMNO and cronies are;- "Hari-hari Rasuah, Hari-hari tipu rakyat, Hari-Hari curi duit rakyat . . . ...".

smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 42
...
written by binarytan, June 16, 2008 17:04:00
Arazak, sedition leh even it is damn TRUE!!!!

report abuse
disagree 3
agree 9
...
written by Sribayu, June 16, 2008 17:19:25
99% pemimpin2 UMNO corrupt, penipu, menindas, hipokrit, prujudice dll. So.. mereka mencipta ugama baru (Islam Hadari) yg mempunyai sedikit kelainan dari Agama Islam asal semata2 untuk meghalalkan perbuatan mereka serta dipandang serong oleh umat Melayu/Islam.

Sebagai contoh,

- kenapa isteri PM dedah aurat? (Islam Hadari kata boleh tapi jgn sampai bogel)
- kenapa PM Peluk Michalle Yeoh?(Islam Hadari kata boleh jgn tp sampai naik je)
- Kenapa PM selalu menipu? (Islam Hadari kata sunat)
- Kenapa PM bolot byk projek utk anak2? (Islam Hadari kata makruh je)

Ha..Islam Hadari ciptaan manusia bernafsu... bukan ciptaan Allah


report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by NickChan, June 16, 2008 17:43:07
buang masa dan buang duit
promosikan Al-Sunnah lebih baik
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by ibabonma, June 16, 2008 17:57:04
Kalaulah bapa saya, opah, datuk dan nenek saya hidup semula, mereka akan terchengang-cengang dan menyangkakan Islam Hadhari adalah agama baru anutan rakyat Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by TollKgSengat, June 16, 2008 18:03:33
agama baru yg bertuhankan AAB dan berasulkan Kera Jantan
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Surind Raj, June 16, 2008 18:09:04
Above all... be true to yourself!

There are no 2 people alike in this world & for a reason. So, stop drinking the 'kool aid' please!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by budakindia, June 16, 2008 18:17:15
nanti masjid kristal pula kena dirobohkan! Kononnya abdullah berangan nak jadi ulama terkenal dengan memperkenalkan Islam yang direbranding semula sebagai Islam Hadhari! Kalau dok fikir-fikir semula selama ini, semua projek yang diperkenalkan oleh abdullah itu juga adalah idea-idea lama yang direbranding semula! Subsidi petrol tu bila lagi nak rebranding? Takkan nak suruh rakyat hari-hari menunggu macam peminta sedekah kat pintu pejabat pos tu?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Watcheyes1, June 16, 2008 20:56:00
PM harus kembali belajar mengaji dan Pendidikan Agama Islam. Dia sudah hilang akal and sesat jalan.

Semoga Allah menunjukan jalan yang sebenar kepada PM.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by KL Dude, June 16, 2008 21:08:18
Islam Hadhari is Umno's political Islamic version for their political agenda. It's perhaps not for the Muslims at general. Umno's version of Islam, which is Islam Hadhari = Islam Harta & Ringgit.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Raizzen, June 16, 2008 21:12:00
Masjid Kristal tu dengarnya, Kiblat pun celaru, adeh !

Thats Islam Had-Hari for you.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by KL Dude, June 16, 2008 21:35:59
Anyway consider my comment above as a personal joke and my apology to anyone who feels offended.

However what upsets me the most about this country is the double standards shown. When Christians use the word "Allah", they are said by Umno to be confusing the Muslims.

But then, when Umno themselves as Muslims champion the practice of Islam Hadhari, this is deem correct and not confusing the Muslims at large.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by mohdarif, June 16, 2008 22:06:14
Buang masa and buang duit. When AAB launched Islam Hadhari many government machineries and resources were mobilised to propogate this. A sheer waste of raktay's money. At the same time his women folk ran around exposing their aurats. He must think we are fools.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by semut, June 16, 2008 22:55:39
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by MalaysianIAm, June 17, 2008 01:42:41
i dont know what Tan Sri's background is (BS, MS, PhD or religious scholar) but it seems to me what he said is very insightful. At uni level we should discuss ideas, not learn something that the stupid PM pushes us to learn just because PM syok sendiri.

Seems to me that PM allowed his ego to rule over his common sense.

That is, if he has any.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Rasputin, June 17, 2008 05:23:35
Budakindia,

There are better and systematic ways to distribute the fuel subsidy (think of multiple functionality of Mykad) and not making the PosMalaysia counters all over the country looking like TV3suku jom heboh carnival site. The only reason to make the visibility of the subsidy distribution are solely for the advertisment value of how the gomen wasted the rakyat time and making mountain out of molehill.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tom n Jerry, June 17, 2008 08:47:41
Increasing the price & then give subsidy!Giving extra work to everyone and wasting everybody"s time!No *cow* sense!I would label it something *gila babi*And backdating to 1 April 2008!Why not 1January 2008?Just because our calendar quite european or what?But its deemed universal and all official transactions also follow this one calendar!perhaps the Chinese lunar calendar is more appropriate!or starting on 1April its a good start to fool every malaysian!The average malaysian is smarter now!they will take the subsidy but will not vote for Bn in the next election!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by MalaysianUnited, June 18, 2008 08:37:55
raizzen,

kiblat di masjid kristal itu betul arahnya..check kembali dari mana anda dapat berita itu.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM