.

Zaid nasihat Najib cari keuntungan jangka panjang


Saturday, 06 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar parti dengan alasan hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 


Comments (8)Add Comment
...
written by popuri, March 09, 2010 23:34:21
Now you've spoken, but the problem is, will Najib listen?
...
written by Tompios, March 07, 2010 12:25:19
kerja curi mencuri ini sudah lama jadi cop dagang pemimpin malaysia. curi demi kepentingan agama tu hukumnya adalah makruh lah tuan zaid! rakyat malaysia boleh hidup tanpa party politik malaysia tetapi party politik malaysia tidak akan boleh hidup tanpa rakyat malaysia! sedarlah Malaysians!
...
written by Beezee_Beezee, March 07, 2010 11:04:24
Apa yang diperkata olih YM DTK Zaid memang memberi kesan yang benar dengan pemerintahan BN. Mereka mereka yang dipertanggung jawapkan telah hilang moral dan menyelewing dari ajaran ajaran orang yang berIMAN. Perbandingan yang diuraikan olih YM DTK memeng kerkenan darisegi Memberontak bagi megekalkan kekayaan adalah kerja orang yang tikat bermoral dan tidak berIMAN sama sekali.

Semoga ALLAH akan murka akan mereka mereka ini dan dipertunjukan olihnya kermukaan it INSYALLAH.
...
written by Semuaok, March 07, 2010 08:44:19
Zaid now you are talking.
...
written by Ocassey, March 07, 2010 07:23:11
You see so many have turned "kataks" and more may be hopping ! One katak that refuses to hop have just been "reported"! That is real music to the ears!
...
written by educationist, March 07, 2010 07:18:39
Tindakan UMNOputras begini menunjukkan mereka terdiri daripada golongan orang yang keji dan tak patut dihormati rakyat yang rasional dan berfikir!!
Betul! Betul! Betul! si katak-katak hodoh yang telah lompat daripada PKR merupakan sampah masyarakat dan jauh lebih keji lagi!!
Sanggupkah PM dengar nasihat benas Zaid ini?
Saya jangkakan tidak, walaupun saya berharap memang ada unsur nilai moral lagi pada PM ni.
...
written by Aduh, March 07, 2010 05:59:58
Jangan harap najib ambil kisah tentang demokrasi atau masa depan negara. Kalau lingkup sekalipun , dia tak akan peduli !!!

Padanya yang terpenting adalah masa depan beliau. Dia tidak akan sanggup hilang segala kemewahan yang ada padanya. Lebih ditakuti lagi, dia tak akan mahu merengkuk dalam penjara atas jenayah berat dan segala kesalahan besar yang telah dilakukannya.. Maka satu cara untuk mengokohkan kedudukannya adalah dengan mempertingkatkan sokongan melalui penambahan bilangan mp dan adun.

Pilihan yang ada pada rakyat yang paling berkesan sekali ialah, TUMBANGKAN beEND pada GE 13 .

Itu saja cara nak pulihkan demokrasi dan memakmurkan rakyat.
...
written by temanmu, March 07, 2010 05:47:25
BN sedang membeli sampah-sampah PR dengan harga yg tinggi!

Bodoh betul tu!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Zaid nasihat Najib cari keuntungan jangka panjang

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar