Herman Samsudeen, Harakah Daily
Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.
Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS.
Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;
“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”
Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.
Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.
Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak. Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.
Mahu sindir PAS? nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi? Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.
Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.
Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.
Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara?
Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.
Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?
Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong. Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti.

written by rocky, March 08, 2010 13:50:48
written by Semuaok, March 07, 2010 23:35:43
This Mufti is a Tan Sri and you think he is not going to lie??? Try search for Dato Zang Toi if you can find one. This is the only Malaysia Dato who think his name is far more important to protect then to mesh up with a Dato.
written by antares, March 07, 2010 11:44:30
Sekarang sudah jelas Harussani Zakaria ni bukan Tok Alim - samalah jatuh darjat serbannya macam mangkuk hayun otak bengap, mata ikan kering tak cukup syarat untuk menjawat tugasan Tuan Mufti atau Tok Alim ketua ugama. Kalau betul dia layak sudah sentu dia arif dalam hal hukum hakam ugama Islam. Kerana itu tak layak memangil kamu Harussani Zakaria Tuan Mufti - kerana meninggikan darjat kamu takut terlanggar batasan - perbuatan HARAM.
Harussani Zakaria - Aku dan ramai manusia rakyat Malaysia yang daif pasal hukum ugama Islam nak tanya jawapan satu soalan dari kamu "Apakah hukumnya jika seorang menjawat sebagai seorang Mufti macam seorang manusia bernama Harussani Zakaria, sengaja bersubahat dengan gulungan zalim menindas rakyat?" (Ini bukan andaian sahaja sebab manusia yang di sebut itu nyata bernama).
Kalau tak tau atau tak ingat malu le sikit - bertaubatlah dan LETAK JAWATAN dan tanya sajalah dengan Ketua PAS Negri Perak tak payah nak ke Kelantan!
written by Kuda Belang, March 07, 2010 10:57:22
written by Aduh, March 07, 2010 10:04:49
Kalau bersekongkol dengan umNO , lambat laun akan gugur juga iman seseorang itu, walau sekalipun ia seorang mufti. dan akan terikut-ikut juga sifat-sifat umNO.
written by storm62, March 07, 2010 09:31:34
written by Nasikerabu, March 07, 2010 07:34:54
written by Malaysiaputra, March 07, 2010 07:08:11
written by Fart Fart Wah, March 07, 2010 06:30:10



















