.

Tolak pilihan raya PBT, Najib takut hilang kuasa


Tuesday, 09 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Mungkin takut hilang kuasa politik dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk mengadakan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yakin bahawa Najib sedar pengaruh politik Umno di negeri-negeri terbabit kian rapuh.

“Najib tidak akan buat pilihan raya dia dua negeri ini kerana dia yakin bahawa mereka akan tetap kalah di kebanyakan kawasan, walaupun mereka selalu kata bahawa mereka sudah mulai kuasai kedua-dua negeri ini,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Keengganan Najib menerima tuntutan Selangor dan Pulau Pinang itu menurut Badrul, sekaligus mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Najib tidak bercita-cita memulihkan sistem demokrasi tanah air.

“Kalau demokrasi dapat menghilangkan kuasa politik mereka, maka rejim ini akan cuba sedaya-upaya tolak apa jua sistem pemilihan (termasuk) pilihan raya kerajaan tempatan,” jelasnya.

Badrul berkata, rakyat sepatutnya dibenarkan memilih ahli majlis PBT mereka sendiri kerana mereka membayar cukai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa maksud ‘politiking’ yang cuba dielak Najib itu bermaksud Umno BN tidak mahu rakyat didedahkan dengan isu royalti minyak, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), misteri pembunuhan Altantuya, masalah ekonomi dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang kerana berani menuntut diadakan pilihan raya kerajaan tempatan atas nama demokrasi.

Cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan itu kembali timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutuskan sepucuk surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya menguruskan proses pilihan raya ahli majlis bagi mengisi PBT.

Ianya membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Begitu juga dengan inisiatif Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengutuskan surat tuntutan yang sama kepada SPR.

Sejak diperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 40 tahun yang lalu, pilihan raya kerajaan tempatan tidak lagi diadakan di tanah air.

Ketiadaan pilihan raya kerajaan tempatan itu dikaitkan dengan pengisytiharan darurat pada 3 September 1976.

Pakatan Rakyat sebelum ini meletakkan pilihanraya kerajaan tempatan dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-12 lalu sebagai salah satu perubahan yang akan dibuat.

 


Comments (2)Add Comment
...
written by ctlyn, March 11, 2010 00:37:16
mana boleh macam ni? Bn boleh buat apsal PR tak bleh???smilies/tongue.gif
...
written by EDLYK, March 10, 2010 22:34:21
Apa pun takut, macam mana boleh jadi PM. Lebih baik balik kampung tanam sayur dan bela lembu. Tapi bijak wayang kulit untuk Anwar Ibrahim, TBH, Kugan. Semuga roh Atantuyah besama anda sampai ke mana mana.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Tolak pilihan raya PBT, Najib takut hilang kuasa

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar