.

Jawapan Abdul Aziz Bari tentang hak jagaan juvana


Thursday, 11 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menganggap ketetapan Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan tiga orang anak bagi seorang mualaf, kepada seorang ibu kandung yang bukan beragama Islam adalah tidak begitu jelas.

Menurut beliau, ketidakjelasan tersebut ekoran belum ada lagi penghakiman bertulis dari mahkamah terbabit.

“Kes ini tidak begitu jelas kerana belum ada penghakiman bertulis,” kata beliau, seperti yang dipetik dari emailnya kepada Harakahdaily petang tadi.

Pun begitu, berdasarkan tindakan Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim menemui juvana terbabit seperti yang dilaporkan beberapa media, Abdul Aziz yakin ketetapan tersebut sebenarnya dibuat dengan mengambil kira kehendak dan kebajikan juvana-juvana terbabit.

“Dari apa yang dilaporkan, hakim telah bercakap dan menemui kanak-kanak itu dan pastinya memutuskan apa yang sesuai dengan kehendak dan kebajikan mereka,” jelasnya.

Bercakap dari segi kehukuman, sama ada Islam atau sivil, beliau berpendapat berkata, soal kebajikan dan kepentingan anak-anak sebenarnya mengatasi yang lain.

Mengulas tentang kelayakan M Indera Ghani, iaitu ibu kandung kepada ketiga-tiga juvana terbabit, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu ketidak-Islaman ibu terbabit.

Ujarnya lagi, ketidak-Islaman ibu terbabit seharusnya tidak dipandang secara negatif kerana soal keimanan seseorang adalah dalam urusan Allah.

“Soal ibu bukan Islam saya fikir jangan dibesar-besarkan dan dipandang sebagai semestinya negatif. Soal iman ialah soal Allah s.w.t,” ujarnya.

Bagaimana pun, beliau menyuarakan rasa faham dengan sensitiviti dalam kalangan umat Islam di tanah air.

“Saya faham umat Islam kebanyakannya mengandaikan ini satu penghinaan kepada Islam, tak semestinya,” beliau menambah.

Dalam pada itu, sekiranya juvana beragama Islam terbabit ditukar ke agama asal, beliau menegaskan bahawa pihak berwajib bolehlah mengambil tindakan yang dianggap wajar dan sesuai.

Ekoran itu, beliau menasihatkan semua pihak memandang status beragama juvana-juvana terbabit secara matang.

“Pengislaman automatik (yang dihujahkan oleh kebanyakan orang Islam) saya fikir perlu dilihat dengan lebih matang,” jelasnya.

“Memilih agama perlukan kefahaman dan kewarasan, ia tidak boleh dipaksa. Lainlah dalam keadaan kedua-dua ibu dan bapa memang sedia Islam.”

Abdul Aziz berkata, di sisi perlembagaan memang mencukupi seorang sahaja dari ibu atau bapa untuk menentukan agama si anak.

Disebabkan itu, Abdul Aziz berpendapat bahawa menggunakan mahkamah syariah untuk menentukan hak penjagaan kepada kanak-kanak terbabit adalah meragukan.

“Kes ini melibatkan orang bukan Islam jadi kedudukan mahkamah syariah agak meragukan,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya kes terbabit dibicarakan di mahkamah sivil seperti sekarang, undang-undang Islam masih boleh dijadikan digunakan dalam proses penghujahan.

“Tetapi kalau ia dibawa ke mahkamah sivil pun undang-undang Islam boleh dihujah dan dipakai.

“Tidak semestinya hanya kerana kes itu di mahkamah sivil undang-undang Islam diketepikan,” jelasnya.

Tuntas dari itu, beliau berkata, peruntukan dalam perlembagaan serta undang-undang tertentu seharusnya memberi ruang kepada kedudukan agama Islam di tanah air.

Dalam perkembangan yang sama, peguambela Mohammad Faizal Che Yusof dilaporkan, memfailkan permohonan di mahkamah supaya pelaksanaan kehakiman Hakim Wan Afrah itu ditangguhkan.

Turut dilaporkan, M Indera Ghandi mendakwa bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah atau K. Pathmanathan telah mengIslamkan anak mereka pada April tahun lalu.

Lanjutan itu, Indera yang juga guru tadika cuba mendapatkan perintah mahkamah syariah bagi hak penjagaan anak-anak kandungnya mereka.

Ummu Salamah, 13, dan Abu Bakar, 12, dilaporkan tinggal bersama-sama Indera di Ipoh, manakala Ummu Habibah, 2, dilaporkan tinggal bersama-sama Mohammad.

Pada 22 Januari lalu, Hakim Wan Afrah dilaporkan menangguhkan perbicaraan kira-kira 10 minit demi meluangkan masa dengan juvana terbabit di kamar hakim.

Hakim Wan Afrah dilaporkan berkata, beliau mahu bercakap sendiri dengan semua juvana terbabit demi memastikan bahawa beliau membuat ketetapan kehakiman yang tepat.

Pun begitu, Muhammad dilaporkan tidak membawa anak bongsu mereka ke mahkamah seperti yang diarahkan oleh hakim.

 


Comments (3)Add Comment
...
written by educationist, March 12, 2010 04:02:25
Dalam laporan Mkini, asas ketetapan Hakim Wan Afrah jelas - berdasarkan ketatapan kes mahkamah Tinggi yang lain.
...
written by eks, March 11, 2010 23:23:24
Macam ada yang tak kena dalam kehakiman ni.Nampak macam ada agenda disebalik keputusan itu.Mungkin ini satu lagi projek Kerajaan BN supaya NGO macam PERKASA Pimpinan ' Ibrahim Ali Setan ' & ' Zul Nordin ' bahlul mengapi-api kan sentimen islamnya lagi.Dan menghangatkan sentimen di antara kaum.Wahai...BN Sial hentikan la permainan kotor anda tu.Biarkan hakim x2 buat keputusan atas dasar kemanusiaan dan bukanya dgn paksaan UMNO.sampai bila hangpa nak buat keja yang tak berfaedah ni.Dgn keputusan Hakim Wan Afrah mungkin Bn nak tengok reaksi org Melayu.Kalau banyak bantahan maka BN Sial akan ' Simbah Minyak Dalam api yang membara '.Kalau respon nya tak baik maka akan suruh peguam bela buat rayuan.Kami rakyat dah tau dah gerak geri kau org Wahai BN sial..Hujan tidak , Ribut tidak tiba x2 keluar kehakiman yang matang.Ini mesti ada Jerung di sebalik koral.
...
written by Captain, March 11, 2010 23:19:56
By the laws of natural justice, the mother has the 1st right to care for her children.

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

BERITA/KOMENTAR

Mohd Rafizi umum tanding ketua AMK

News image

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengumumkan bertanding jawatan ketua AMK turut menamakan regunya dalam pemilihan akhir tahun ...

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan ...

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

(Harakahdaily) - Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah ...

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

(Harakahdaily) - Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan ...

Najib: Jangan biar perkauman hancurkan negara

News image

Oleh The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan dan sikap ...

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

News image

(Harakahdaily) - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau A...

Adun PAS ziarah kuil Hindu

News image

(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun P...

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Jawapan Abdul Aziz Bari tentang hak jagaan juvana

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar