.

Media pro Umno wajib henti laporan perkauman


Monday, 15 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru akhbar rasmi Umno/Barisan Nasional khususnya Utusan Malaysia agar lebih profesional dalam melaporkan berita dan menghentikan laporan bersifat perkauman.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dukacita terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru berkata, titah itu harus diberi perhatian oleh semua pihak, termasuk media milik Umno/Barisan Nasional.

"Saya kira yang terkesan sekali bukan sahaja media baru tapi yang paling penting iaitu lidah rasmi yang ditawan parti Umno, kerana banyak siaran Utusan Malaysia itu begitu rasis dan memang membangkitkan sentimen kebencian dan perkauman.

"Saya fikir selepas perutusan (Tuanku Mizan) hari ini, Utusan Malaysia wajib melaksanakan tugas dengan profesional, jangan lagi wujud serangan yang jahat yang mampu membangkitkan kebencian kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen tengah hari ini.

Tuanku Mizan ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 hari ini bertitah bahawa fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan dengan merujuk kepada kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah Tuanku Mizan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Umno/Barisan Nasional sering kali menggunakan saluran tertentu untuk kepentinagn mereka.

"Hakikatnya itulah Barisan Nasional, sering berselindung di sebalik pihak-pihak lain untuk kepentingan mereka," katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen akan bermula esok dan berakhir 15 April.

 

 


Comments (5)Add Comment
...
written by popuri, March 17, 2010 03:47:52
I'm sure that most people already stop subscribing to Utusan Malaysia.
...
written by DygAryaa, March 17, 2010 00:47:22
Saya berharap laporan perkauman tidak di terbitkan. Kita di negara Malaysia harus bertimbang rasa terhadap semua perasaan masyarakat. Bukan menimbulkan isu ini semata2 untuk mencapai agenda atau kepentingan diri.

komen saya ini bukan ditujukan khas cuma kepada Utusan, tetapi kepada semua blogger, dan media berita.

Kita harus mempunyai persaingan yang lebih sihat daripada menimbulkan isu2 kebencian.
...
written by ctlyn, March 16, 2010 21:32:21
I agree with her.
...
written by onnetline, March 16, 2010 13:01:56
Nurul,

Utusan Msia is a both a mouth piece and slave dog of UMNO.
How to be professional when it's the pariah UMNOs racists calling the shots ?
...
written by DreamLady, March 16, 2010 08:13:26
I sincerely hope our Agong shall exercise his rights as the head of the nation to undo all the wrongs meted out by those irresponsible politicians and the mass media. Besides, he should feel guilty himself for not paying heed to the advice of some prominent personnels who are against his Highness's choice of the present PM. It is not too late for his Royal Highness to alter the tides if he wishes the rakyat as a whole are not victimised by the very people who are supposed to fend and protect them!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Language Translation

Top 10 - Berita/Komentar


BUY THE BOOK HERE
**Paypal only option for now**



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home MT COLUMNS BERITA/KOMENTAR Media pro Umno wajib henti laporan perkauman

Latest Posts - Berita/Komentar

Popular Posts - Berita/Komentar