Lebih 2,000 Orang Asli (kepada saya ungkapan Orang Asal adalah lebih tepat) telah berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka. Memorandun ini mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka.
By Zaid Ibrahim
Perarakan ini berupa perarakan menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli terhadap kaum yang terpinggir dan tertindas. Saya sungguh bangga dengan kebangkitan dan keberanian mereka. Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN.
Terkenang saya zaman sekolah di Kelantan dulu di mana saya duduk dalam satu kelas dengan Ajong dan Ahim, dua anak Orang Asal yang hebat sekali dalam sukan olahraga. Saya tak tahu di mana mereka sekarang tapi saya harap mereka telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa. Orang Asal yang berjaya inilah yang mungkin dapat terus membela nasib Orang Asal yang terbiar dan terpinggir dari arus pembangunan negara. Alangkah malangnya kalau kawan-kawan saya ini juga terbiar
Tetapi masa depan mereka di bawah BN tidaklah cerah. Kegiatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli tidak pun mengambil kira atau menerima maklum balas dari golongan ini. Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka. Bila ditanya oleh Billy Abit Joo (BN-Hulu Rajang) sama ada pengiktirafan status Bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan, Nazri terus menjawab “tidak perlu”. Kata menteri itu, status Bumiputera telah pun diseleraskan dan digolongkan dalam 3 kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan. Tiga kategori itu ialah Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan “Bumiputera”? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera. Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.
Read more at: Bila pula Orang Asli itu “Bumiputra”

written by Avex09, March 20, 2010 05:19:07
written by popuri, March 20, 2010 03:16:51
*No offense to Malays. Chinese and Indians are pendatangs, it doesn't bother us when you call us that. So it shouldn't bother you to be called one as well.
written by gentek003, March 20, 2010 02:41:33
written by ctlyn, March 20, 2010 00:33:44
written by cheekhiaw, March 19, 2010 11:45:03
Lepas tu tanah itu dijual pencuri.
Habis jual dan wang jualan, pencuri kata dia masih tuan dan pembeli tu pendatang.
Celaka punya pencuri!
xxx
written by Malaysiaputra, March 19, 2010 10:43:36
written by Better My, March 19, 2010 08:56:44
Every malaysian enjoy special rights to be free and share the richess.
Then you get a united Malaysian and Malaysia. Anything else is not acceptable to each patriot Malaysian.
Thrash ISA. We have stopped listening to you. For malaysia.
written by Aduh, March 19, 2010 03:56:48
At the rate he is going, imagine the number of lies he is going to spew in a week, month and year. Should we allow this kind of policy maker to determine our future. ???
written by Tompios, March 19, 2010 02:48:05
written by ctlyn, March 19, 2010 01:04:53
written by Kacang Tanah, March 19, 2010 00:38:57
If PR has plan to take over the federal government, then something should be done to open their eyes about the evil things done by BN. Photos, video clips, articles and news paper cutting (of course not from Utusan, Star or NST) and VCD are good enough to alert the Orang Asal, anak-anak Sabah and Sarawak not to vote for BN thieves and pirates. Talks and Ceramah is neceesary as the people of the long houses will normally listen to the advice of their headmans, who well before hand had been given goodies by the BN, before voting.
PR needs more volunteers to reach and to send the wake-up call to the "real bumiputra" of this mother earth.
written by Nasikerabu, March 18, 2010 23:59:57





















