Merasionalkan Sesatu Tindakan


Amat mudah menghukum dan mengubah pertuduhan dan hukuman. Itulah antara komentar yang ingin dibangkitan dalam sehari dua ini melihat kepada corak dan perlaksanaan beberapa tindakan yang diambil oleh pihak yang diberi kuasa.

Di saat negara umat Islam hanya mampu memerhatikan tindakan demi tindakan ketenteraan yang diambil ke atas saudara seIslam mereka seawal  tahun 90an, semasa pencerobohan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Saddam Hussein, ternyata ada juga tindakan yang dikira keterlaluan dilakukan oleh umat Islam di atas nama keselamatan dan ketenteraman awam.

Islam mendidik umatnya untuk berhati hati di dalam persoalan membuat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman. Hatta pihak yang menuduh orang berzina pun dikenakan hukuman hudud jika tidak dapat membuktikannya. Saidina Ali r.a. pernah membatalkan niat untuk membunuh seorang dari pihak musyrikin di dalam perang selepas diludah olehnya kerana khuatir dia akan membunuh atas dasar emosinya. Pelbagai lagi contoh menarik untuk paparan bersama. Namun, kiranya ia hanya menjadi contoh yang tidak dihadharikan oleh pihak yang dikatakan ingin menghadharikan Islam, nescaya ia hanya tinggal contoh. Lantas, kita perlu bertanya,apa sebenarnya hadhari dan apa yang bukan?

READ MORE HERE



Comments
Loading...