Peguam Negara vs Polis


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kesemua 31 tertuduh didakwa di mahkamah kerana mereka terlibat dalam perhimpunan haram dan mereka bukannya pengikut kumpulan pelampau Hindu Rights Action Force (Hindraf).

"Kesemua 31 individu itu menulis surat (kepada saya) mengutuk tindakan Hindraf dan mendakwa bahawa mereka bukan ahli Hindraf. Mereka juga berjanji untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram di masa depan."Tindakan menarik balik pertuduhan itu (cubaan membunuh pegawai polis) juga adalah adil kerana pendakwaan tidak dapat mengenal pasti siapa yang membaling batu sehingga mengenai mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Sesyen di sini hari ini.Pada prosiding hari ini, Hakim Nursinah Adzmi melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh.

Kenyataan Peguam Negara itu seperti mana di atas, adalah satu “keanehan” dalam tugas Polis yang baru sahaja meraikan 200 tahun keberadaan di Malaysia. Semua orang tahu dan faham tugas Polis. Hari ini Polis kena menerima hakikat, jika dia menangkap penjenayah, perusuh atau yang melanggar undang-undang tetapi nanti Polis harus juga di masa depan merelakan orang yang ditangkap itu untuk menjadi tidak bersalah dan mungkin juga bebas.

Peristiwa itu sebagai satu pengajaran kepada Polis dan anggotanya. Cogan kata atau ayat berbisa Hang Tuah yang selalu digunakan ialah “Tak Melayu Hilang Di dunia” tetapi jarang hendak menggunakan ayat yang sebenarnya berbisa dari Hang Tuah ia itu: “Berbuat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali” dan sekarang dengan niat mempertahan status quo, polis yang menguatkuasakan undang-undang sudah dimalukan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...