Sorong Papan Tarik Papan AG Membingungkan


APABILA Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi “mengotakan” amaran “Saya Pantang Dicabar” (tajuk utama Utusan Malaysia pada 10 November), beliau dan ejen-ejennya menggunakan dua pendekatan.

Pertama, pada 13 Disember, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri beliau menandatangani surat perintah tahanan selama dua tahun ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN/ISA).

Kedua, melalui Pejabat Peguam Negara, beliau mendakwa 31 penunjuk perasaan tanpa permit di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves pada 25 November lalu dengan tuduhan cuba membunuh.

Begitu bersungguh-sungguh Perdana Menteri dengan tindakannya sehingga Peguam Negara, Gani Patail, muncul sendiri untuk membuat pendakwaan dan meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh.



Comments
Loading...