Tangguh bentang rang undang-undang
myMetro
KUALA LUMPUR: Kabinet semalam memutuskan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 untuk bacaan kali kedua pada sesi persidangan Dewan Rakyat, Mac tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Kabinet bagi memberikan masa secukupnya kepada semua anggota Parlimen membaca dan meneliti rang undang-undang itu.
"Mereka (anggota Parlimen) mahukan lebih masa dan banyak aduan diterima bahawa masa yang diberikan untuk meneliti dan membahaskan rang undang-undang itu terlalu singkat, banyak permintaan juga daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan masa yang lebih lama.
"(Jadi) kami memberikan banyak masa kepada masyarakat untuk mendapatkan maklum balas dan reaksi berkenaan rang undang-undang ini, kerajaan kita adalah 'listening government'," katanya.