Memorandum mempertahankan hak rakyat berhimpun secara aman


Suaram

Kebelakangan ini, salah satu hak asasi manusia yang amat asas, iaitu hak berhimpun, telah digugat oleh beberapa pihak termasuk pihak Kerajaan yang telah mengancam hak rakyat berhimpun secara aman, sekali gus mencabul hak asasi manusia dan hak demokrasi rakyat Malaysia.

* Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara â€" Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

* Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.

* Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966

Namun, hak untuk berhimpun secara aman ini telah dicabul semasa beberapa perhimpunan aman sejak beberapa bulan yang lalu, diantara yang ketara ialah:

1. Perhimpunan Bersih untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agung pada 10hb. November 2007 mengenai Pilihanraya Bebas dan Berkecuali. Dalam perhimpunan ini pihak berkuasa telah menggunakan kekerasan, gas pemedih mata dan water cannon, 34 orang ditahan polis dan didakwa.

2. Perhimpunan Hindraf untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan British pada 25hb. November 2007 dimana mereka dilarang berbuat demikian dan sekali lagi kekerasan, gas pemedih mata dan water cannon telah digunakan. Lebih kurang 400 orang telah ditahan dan 99 didakwa dan ramai lagi yang telah menanggung kecederaan akibat kekerasan oleh pihak berkuasa.

3. Satu Peace Walk sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang diusahakan oleh beberapa peguam pada 9hb. Disember 2007 di mana sembilan orang ditahan dan didakwa.

4. Satu acara penyerahan memorandum kepada Parlimen oleh BERSIH yang memperlihatkan 26 orang aktivis ditahan.

5. Selain daripada empat insiden diatas, terdapat juga beberapa insiden lain dalam masa sebulan yang lalu dimana polis telah menyekat hak untuk rakyat berhimpun secara aman.

Alasan yang digunakan oleh polis untuk menyekat hak berhimpun ialah para peserta perhimpunan tidak memperolehi permit polis dan dalam dua insiden diatas pula, satu perintah Majistret dibawah Kanun Acara Jenayah telah diambil untuk menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Dalam media massa dan akhbar-akhbar tempatan juga, pihak kerajaan telah menyalurkan pelbagai ugutan dan intimidasi dalam bentuk iklan dan juga kenyataan yang menyekat rakyat mengamalkan hak asasi mereka.

Justeru dengan itu, kami daripada gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun yang menandatangani memorandum ini berpendirian bahawa :

1. Tidak ada mana-mana pihak, kerajaan, pertubuhan atau individu yang mempunyai hak untuk menyekat hak berhimpun rakyat Malaysia secara aman dan sebarang bentuk sekatan yang dikenakan adalah satu pencabulan hak asasi manusia.

2. Pengambilan Perintah Mahkamah majistret melarang individu atau kumpulan daripada berada di satu kawasan dibawah Kanun Acara jenayah tidak boleh digunakan untuk menyekat Hak Rakyat untuk berhimpun secara mana dan ia bercanggah secara langsung dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

3. Kami menyokong penuh kenyataan Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suruhanjaya SUHAKAM pada 12 Disember 2007 yang berpendirian bahawa permintaan permit dibawah Sekysen 27 Akta Polis adalah bercanggah dengan hak berhimpun dan meminta Seksyen 27 Akta Polis dimansuhkan.

Selaras dengan tiga perkara diatas dan selaras dengan pendirian SUHAKAM dalam dua laporan iaitu Laporan KESAS pada 2001 dan Laporan Bloody Sunday pada 2007, kami yang menandatangani memorandum ini mendesak:

1. SUHAKAM mengambil langkah pro-aktif ke arah pemansuhan Seksyen 27, Akta Polis yang memerlukan permohonan permit polis dibuat untuk semua perhimpunan aman.

2. SUHAKAM menyiasat dan menginterpretasi isu pengambilan Perintah Mahkamah majistret untuk menyekat Hak Berhimpun dalam perlembagaan dan membuat kenyataan supaya hak ini dapat dijamin.

3. SUHAKAM merujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan jenayah diambil terhadap mana-mana pihak yang mengancam mereka yang berhimpun secara aman termasuk pihak polis.

Memorandum Mempertahankan Hak Berhimpun Secara Aman Ditandatangani Oleh:

1. Alaigal
2. Amnesty International Malaysia (AI Malaysia)
3. Artis Pro Activ (APA)
4. Centre for Independent Journalism (CIJ)
5. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
6. Citizen Think Tank
7. Civil Rights Committee of The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
8. Community Development Centre (CDC)
9. Food Not Bomb Kuala Lumpur
10. Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP)
11. Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan, JERIT
12. Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT
13. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
14. Group of Concerned Citizens (GCC)
15. Inter-Varsity Council (IVC)
16. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
17. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-Mahasiswi, UKM (JKMI)
18. Jawatankuasa Masyarakat Ladang, JERIT
19. Labour Resource Center (LRC)
20. LLG Cultural Development Centre (LLG)
21. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
22. National Human Rights Society (HAKAM)
23. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
24. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
25. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
26. Parti Islam Se Malaysia (PAS)
27. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
28. Pemuda Sosialis
29. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
30. Persahabatan Semparuthi
31. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
32. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
33. Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua) Selangor
34. Pusat Janajaya (EMPOWER)
35. Penang Film Club
36. Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP)
37. Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
38. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
39. Research for Social Advancement (REFSA)
40. Save OurSelves (SOS) Penang
41. Sister In Islam (SIS)
42. Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
43. SOS Damansara Committee
44. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
45. Women's Aid Organisation (WAO)
46. Women's Centre for Change, Penang (WCC)
47. Women's Development Collective (WDC)
48. Women's Institute for Research, Development & Advancement (WIRDA)
49. Writers' Alliance for Media Independence (WAMI)
50. Youth for Change (Y4C)
51. Youth Section of The Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH-Youth)



Comments
Loading...