Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain!
Kenyataan Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera, Mohaizi Mohamad berhubung penggajian pekerja bertudung dalam industri Kecantikan dan Spa begitu meloyakan tekak sesiapa sahaja yang membacanya di dalam mStar Online.
“Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?” kata Mohaizi.
“Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik, ” katanya lagi.