Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ LEMBIK: Naib Ketua Pemuda Gerakan berani menyalahkan UMNO!
Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy yang baru baru ini dipetik sebagai secara terbuka menyalahkan UMNO sebagai secara terancang punca segala masalah masyarakat etnik India Malaysia, seiring dengan tuduhan liar pemimpin Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menerima pelbagai reaksi negatif dan keras, terutama dari pemimpin pemimpin UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Dato’ Hishamuddin Hussein, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) mengeluarkan satu ‘ultimatum’ keras, agar Gerakan bertindak keatas pemimpin Pemuda mereka atau risiko dipecat dari BN, yang secara jelas sengaja menghina dan menyinggung rakan kongsi BN. Tindakan ini disifatkan sebagai tidak wajar dan membelakangkan prinsip ‘menyelesaikan masalah semasa sendiri secara keluarga’ yang selama ini dipraktik BN, satu formula perkongsian kuasa yang berjaya semenjak 1955.