UMNO berguru dengan Golkar
UMNO dan parti Golkar dari Indonesia bersetuju menggunakan saluran politik bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, saluran politik juga akan digunakan bagi mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang berbangkit melibatkan kedua-dua negara.
Beliau berkata, ia juga boleh dimanfaatkan dalam membantu proses diplomasi antara kerajaan dengan kerajaan yang sedang berjalan sekarang.
Katanya, berikutan itu, kedua-dua pihak menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam selain penubuhan sebuah kumpulan kerja bagi melaksanakannya.- Utusan Malaysia