Majoriti versus minoriti – Rahmat Haron
-hak istimewa Melayu, hak, ahak, ahak!
Akhirnya kabar angin (baca: laporan kebenaran) para blogger menjadi kenyataan. Pimpinan Hindraf telah ditahan tanpa bicara dengan menggunakan akta kejam ISA.
Sebenarnya tuntutan Hindraf atau luahan hati orang-orang India di Malaysia adalah suatu yang waras. Ia sewaras tuntutan rakyat minoriti beragama Islam di selatan negara Thailand, khususnya di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani. Telah menjadi lumrah atau suatu ciri khas bahawa tuntutan kaum minoriti memang berbeza dengan tuntutan majoriti.