‘Survival’ PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir (II)


Sebab itulah saya selalu menyatakan bahawa jangan terlalu ditekankan sangat kepada nama semata-mata. Sebagai contoh – semasa berada di kampus dulu apabila dibuat program yang namanya berbunyi sedikit keagamaan, berapa kerat sangatlah mahasiswa yang berminat untuk datang mendengar, tetapi apabila nama tersebut diubah kepada nama yang lebih komersil walaupun kandungan adalah 'sebiji' sama, ramai pula yang datang. Tentu anda fahamkan?

Letaklah nama 'Malaysia Madani' ataupun 'Malaysia Moden' sekalipun, ia mungkin adalah jauh lebih baik asalkan pengisian didalamnya adalah hukum-hukum Islam dan yang lebih penting adalah dengan nama ini, orang bukan Islam pun kurang mengalami 'fobia' dan memudahkan PAS untuk mendapat sokongan malah golongan bukan Islam sekalipun. Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan 'langkah mayat saya dulu' sebelum penubuhan sebuah negara Islam? Bagaimanakah PAS boleh bersatu dengan pembangkang lain sekiranya sedikit 'adjustment' tidak dilakukan (tanpa mengorbankan prinsip perjuangan?).

READ MORE HERE



Comments
Loading...