Siapa jual tanah USIA?


Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

Selepas tanah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di Teluk Sepanggar diserahkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kepada seorang proksi berbangsa Cina, Raymond Chan Boon Siew (Ramajuta Sdn.Bhd) untuk dibangunkan sebagai Pusat Maksiat Terbesar di Asia, 1 Borneo, kini satu lagi tanah milik Usia telah jatuh ke tangan bukan Islam.

Zainuddin kesal kerana tidak ada seorang pemimpin Islam yang berani bangkit membantah tanah di 1 Borneo dijadikan Pusat Maksiat oleh Raymond Tan dengan usahasama Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd dan Usia.

Satu-satunya tanah Usia di Lahad Datu, TL 117510399 seluas 635.5 meter persegi di tengah-tengah jantung Pekan Lahad Datu telah digadaikan kepada sebuah syarikat Cina, Tomasen Builder Sdn.Bhd. sejumlah RM4.6 juta yang mendapat pinjaman daripada Sabah Credit Corporation Berhad.

Penggadaian tanah Usia ini dibuat dengan cara yang tidak teratur dan membelakangkan peraturan Akta Pertubuhan 1966 dan dikhuatiri berlakunya amalan rasuah,” ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan.

Dalam kes tanah Usia di Lahad Datu yang dipohon pada 1994 melalui permohonan tanah 94110702 ketika Yang Di-Pertua Usia, Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri dan meluluskannya sebelum Hasil Bumi mengeluarkan kelulusan rasmi melalui MNR 107/330/97 dan dikeluarkan draf geran TL 117510399 pada 31 Julai 1998 dan geran hak milik pada 11Oktober 2001.

{mosimage}

RASUAH…. Nasrun (kiri) bersubahat mencagarkan tanah Usia kepada saudagar Cina dengan restu Musa Aman.Dahli Alias (gambar tengah) terpaksa menandatangani dokumen atas arahan Musa. Zainuddin (kanan) bersama laporan polis yang dibuatnya. 

Setiausaha Agung Usia, Datuk Dahli Elias dan Bendahari Agung Usia, Haji Ariffin Haji Sani telah menuntut geran hakmilik daripada Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu pada 11 Oktober 2001.

Pada 26 April 2005, lebih kurang jam 11.05 pagi, tanah berkenaan telah dicagarkan kepada Sabah Credit Corporation sejumlah RM4.6 juta melalui Memo 30318238,” ujar Zainuddin yang terkejut kerana pinjaman berkenaan dilakukan oleh pemaju, Tomasen Builder Sdn.Bhd dan bukannya oleh Usia.

Menurut Zainuddin, Memorandum Cagaran berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Agung Usia, Datuk Seri Panglima Haji Ampong Haji Puyun dan Timbalan Yang Di-Pertua Usia, Datuk Haji Dahli Elias.

Memandangkan Tomasen Builder Sdn.Bhd. dimiliki oleh orang Cina, maka Zainuddin membantah keras penggadaian berkenaan dan akan membuat laporan rasmi terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Saya yakin dan percaya berlaku amalan rasuah, terutama Ketua Menteri Sabah, iaitu Tun Sakaran Dandai yang telah meluluskan tanah kepada Usia yang pada ketika itu beliau turut menjadi Yang Di-Pertua Usia. Ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 22, Ordinan Darurat, Kuasa-kuasa Perlu, 1970,” ujar Zainuddin yang tidak gentar untuk mendedahkan bukti kepada BPR, sekalipun menerima pelbagai panggilan dan mesej misteri yang berunsur ugutan selepas membuat laporan polis pada 7 Disember 2007 di Balai Polis Sandakan.

Dalam laporan polisnya, Skn/Rpt/14270/2007 pada jam 12.30 tengah hari, Zainuddin menyatakan bahawa;

Pada lebih kurang jam 4 petang, 29 November 2007, setelah menjalankan semakan di Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, saya dapati bahawa tanah milik Usia di Bandar Lahad Datu TL 117510399 seluas 635.5 meter persegi telah dicagarkan ke Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit Corporation) sejumlah RM4.6 juta pada 26 April 2005. Bagaimanapun setelah memeriksa Memorandum of Charge 30318238, pinjaman berkenaan dibuat oleh Tomasen Builder Sdn.Bhd (216666-V) yang dimiliki oleh kaum Cina. Mengikut peraturan yang berkuatkuasa, semua pinjaman sejumlah RM2 juta ke atas yang diberikan oleh badan berkanun kerajaan kepada mana-mana pihak hendaklah dirujuk kelulusannya kepada Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Maka adalah menjadi kesalahan jika kelulusan berkenaan diberikan kerana tanah berkenaan milik umat (Usia) Islam tetapi digadai oleh Taukey Cina. Saya meyakini berlaku amalan rasuah kerana kelulusan pinjaman berkenaan tidak mengikuti prosedur dan Musa Aman mempunyai kepentingan di dalam urusniaga berkenaan. Saya membuat laporan ini agar Polis dan Badan Pencegah Rasuah menyiasat dan menangkap Datuk Musa Aman; Pengerusi Usia Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Haji Mansur; Timbalan Yang Di-Pertua Usia dan Setiausaha Agung Usia kerana bersubahat. Sekianlah Laporan saya.”

Ketika Malaysia Today melakukan tinjauan pada 19 Disember 2007, bangunan Usia yang didirikan di atas tapak tanah berkenaan belum mendapat Sijil Menduduki kerana dipercayai tidak mengikut spesifikasi pelan pembangunan, pelan tata atur dan gagal memindahkan pili bomba yang terletak di pintu hadapan bangunan berkenaan.

Namun, operasi Pejabat Adun Lahad Datu dan Tetuan Nasrun & Co mula dipindahkan ke bangunan berkenaan sekalipun belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Untuk rekod, Datuk Datu Nasrun Datu Harun merupakan Adun Lahad Datu dan juga Pengerusi Usia Lahad Datu. Mengikut maklumat rasmi yang diterima, Nasrun masih disiasat Bahagian Jenayah Komersil Bukit Aman kerana terlibat dalam kes penipuan tanah dan kini menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan Seksyen 22, Ordinan Darurat 1970 kerana menyalahguna kuasa mendesak polis menutup kes jenayah.



Comments
Loading...