Samy Vellu Kini Jaga Kuil?


SEKIRANYA laporan akhbar The Star pada 25 Disember boleh diyakini, maka selain menjadi menteri kerja raya, S Samy Vellu kini turut menjadi “menteri agama” yang bertanggungjawab terhadap penganut agama Hindu.

Ini berikutan arahan Perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau “memantau semua kuil di negara ini dan dari semasa ke semasa mengemukakan laporan mengenai statusnya kepada Kabinet.”

Saya gunakan ungkapan “sekiranya boleh diyakini” kerana yang membuat kenyataan itu bukanlah Abdullah tetapi Samy Vellu.

Menurut The Star, Samy Vellu mendakwa bahawa Perdana Menteri secara khusus mahu MIC memaklumkan kepada beliau senarai kuil yang mungkin telah dirobohkan atas pelbagai sebab.

Dalam laporan bertajuk “PM to get temple report from MIC”, The Star memetik Samy Vellu dalam satu kenyataan akhbar sebagai berkata: “Oleh kerana isu kuil ini sensitif, suatu pendekatan baru diperlukan bagi mengatasinya. MIC akan mengambil alih sepenuhnya tugas ini.”

Adakah benar Perdana Menteri memberi arahan yang luar biasa itu kepada Samy Vellu?

READ MORE HERE



Comments
Loading...