‘Jin’ dedah kesah di sebalik kematian Diana
Oleh Kazi Mahmood
23 DISEMBER 2007
Dalam bahagian kedua kisah mengenai Lady Diana (bahagian pertama mengenai Putera Harry dan Islam dan kesan kematian Diana terhadap Monarki British) didedahkan bagaimana Diana mahukan anak-anaknya mempelajari mengenai Islam. Tulisan kali ini mengesahkan bagaimana Diana telah ditemani oleh ‘Genie” atau Jin, dan bagaimana Jin tersebut telah terselamat selepas kemalangan yang menimpa Diana di Paris, yang telah menceritakan kisah benar mengenai kematian Diana. Kisah ini telah diberitakan oleh seorang yang pandai menta’bir mimpi dan bayangan dari Jin, dan kini menyampaikan kepada World Futures.
Diana, Puteri Wales dan ibu kepada dua anak lelaki, telah terbunuh dalam suatu kemalangan di Paris pada Ogos 1997. Di London, satu inkues mengenai kematian beliau sedang dijalankan, mendedahkan beberapa maklumat berkaitan kehidupannya dalam istana British dan kebimbangannya akan masa depan perkahwinannya dengan Charles. Beberapa surat yang sebelum ini tidak diketahui wujud, telah didedahkan iaitu, surat-suarat Diana kepada bapa mertuanya, Raja Philippe.
Amat menghairankan ialah mengenai hubungan baik dan mesra antara Diana dan bapa mertuanya. Persoalannya, mengapa surat-surat tersebut didedahkan kepada umum sedangkan tiada tuduhan terhadap Raja Philippe?
Pihak istana merasakan perlunya didedah hubungan tersebut hanya setelah tekanan akan kemungkinan terputusnya hubungan antara Diana dan mertuanya sebelum berpisah dengan Charles. Namun, selepas berpisah, pihak istana berubah menjadi dingin terhadap Diana dan hubungannya dengan Dodi Fayed (seorang beragama Islam) menjadi satu-satunya alasan bagi pihak istana merasakan telah disasarkan oleh Diana.
Kebanyakan daripada saksi-saksi dalam inkues tersebut, sama ada menceritakan apa yang pihak istana mahu dengar atau mereka mahu tenggelamkan kes yang dibawakan oleh keluarga Al Fayed. Kedua-duanya tidak memberikan keadilan kepada puteri Diana.
Ada cerita yang berbeza daripada orang yang tidak dipanggil untuk memberi kesaksian mereka dalam inkues tersebut di London. Ia adalah cerita seorang ahli ramal, seorang yang menta’bir mimpi yang telah dikunjungi oleh Jin yang bersama Diana selepas kemalangan dalam terowong.
“Selepas perkabungan kematian Diana, orang ramai akan lama-kelamaan lupa apa yang menyebabkan kematian beliau dan mengapa beliau mati pada usia yang muda,” kata ahli ta’bir tersebut kepada WFOL semasa sesi di mana kedatangan Jin tersebut dijelaskan.
Ahli ta’bir telah diberitahu mengenai kematian Diana, yang berbeza daripada yang diketahui umum, siapa yang merancangnya dan mengapa, dan Jin tersebut meramalkan kejadian-kejadian yang berlaku sepuluh tahun selepas kematian Diana, kejadian-kejadian yang berlaku seperti yang disaksikan oleh WFOL sejak 1997 dan selepas itu.
“Tiada siapa benar-benar peduli akan kematian beliau (Diana) buat sekian lama, tidak sehingga beberapa bukti sudah mula timbul. Kepercayaan bahawa beliau terbunuh dalam satu kemalangan ngeri dan tiada sebab lain, tetapi itu bukan kisah sebenar yang berlaku,” beritahu ahli ta’bir.
Ahli ta’bir tersebut tetap mengatakan bahawa Diana, seperti ramai orang yang terkenal, ada bersamanya satu Jin dan Jin ini telah mendedahkan sebahagian besar kehidupan Diana kepadanya (ahli ta’bir). “Ada maklumat yang akan didedahkan sesuai dengan masa, dengan kejadian-kejadian dan lain-lain maklumat akan terkeluar apabila anak-anak Diana mula mempersoalkan keluarga Di Raja.”
Semasa sesi tersebut, ahli ta’bir memberitahu bahawa Diana telah dibunuh, diikuti dengan dakwaan yang dibuat oleh bapa Dodi Fayed, Al Fayed. Inkues yang sedang berjalan sekarang mengenai kematian Diana telah diperintahkan selepas dakwaan yang bertalu-talu oleh Al Fayed bahawa keluarga Di-Raja dan pihak berkuasa telah berbohong mengenai kematian Diana.
Bagi keluarga Di-Raja British dan pihak berkuasa, inkues tersebut bertujuan menamatkan kes bahawa Diana terbunuh disebabkan pemanduan ketika mabuk. Tiada teori konspirasi dan tiada pemberian keterangan bersumpah oleh anggota keluarga Di-Raja, malah tiada keterangan daripada dua orang anaknya dan bekas suaminya, Charles.
“Tujuan inkuiri atas kematian Diana, sepuluh tahun kemudian, akan memastikan dakwaan keluarga Al Fayed disenyapkan, tetapi ia tidak akan mententeramkan hati orang ramai dan dua orang anak Diana,” jelas ahli ta’bir dalam September 1997.
World Futures perlu jelaskan beberapa perkara di sini sebelum pembaca mengikuti kisah seterusnya. Pertama sekali, ‘ahli ta’bir’ mendakwa dia dikunjungi oleh Jin yang bersama Diana selepas kemalangan yang menimpa Diana. Sejurus sebelum beliau meninggal dunia, iaitu beberapa jam selepas beliau dipindahkan ke sebuah Hospital di Paris, jin tersebut telah pergi berjumpa dengan ahli ta’bir ini dan memberitahu satu cerita yang agak pelik tetapi sehingga kini semuanya terbukti benar.
Seperkara lagi, para pembaca perlu faham bahawa kematian Diana telah memberi kesan ke atas keluarga Di-Raja British dan akan membawa kepada kejatuhan monarki British. Walau bagaimanapun, ini akan bergantung kepada anak-anak atau salah seorang daripada anak Diana. “Lady Diana meramalkan kejatuhan istana ketika kematiannya dan maklumat ini tidak akan didedahkan kepada orang ramai oleh pihak berkuasa British,” tambah ahli ta’bir tersebut.
Keengganan menghantar Harry, anak bongsu Diana ke Iraq adalah cubaan oleh pihak berkuasa British agar anak-anak Diana tidak akan bersemuka dengan orang Islam. Dalam situasi kebangkitan menentang askar bersekutu yang berterusan di Afghanistan atau Iraq, menghantar Harry ke sana akan berisiko diculik oleh kumpulan Muslim. Hal ini akan memberikan Harry peluang mendekati orang Islam dan memahami cara dan sebab mengapa mereka menentang tentera yang diketuai oleh Amerika.
“Ketika menghembuskan nafasnya yang akhir, Diana menyebut bahawa salah seorang daripada anaknya akan mendekati Islam. Beliau menambah bahawa perkara tersebut akan menimbulkan keresahan dalam Kerajaan British. Tuduhan akan dilemparkan ke atas Diana sekiranya beliau masih hidup dan berkahwin dengan Dodi Fayed. Kini, setelah beliau pergi, pihak berkuasa sedang melakukan apa saja bagi menghalang William dan Harry daripada mempelajari mengenai Islam,” kata ahli ta’bir.
“Jin tersebut memberitahu bahawa Diana sangat bimbang akan keselamatan Harry, yang sangat rapat dengan ibunya. Beliau (Diana) berfikiran terbuka dan mahukan anak-anaknya belajar mengenai Islam juga, kerana beliau sangat rapat dengan Dodi pada saat kematiannya,” tambahnya.
Surat-surat penuh mesra antara Diana, Puteri Wales, dan kekasihnya Dodi Fayed di mana Diana menggelar dirinya sebagai “this particular chick” telah didedahkan kepada umum, sepuluh tahun selepas kematian mereka. “Diana ada menyebut bahawa hanya berdekad selepas kematiannya, kebenaran akan terserlah dan ia kebenaran yang hodoh,” WFOL diberitahu.
Surat-surat tersebut telah dikeluarkan hanya selepas dijalankan inkues Di-Raja ke atas kematian Diana. Surat-surat tersebut telah dibacakan kepada mahkamah oleh seorang wakil Al Fayed. Dalam surat keduanya, hubungan antara Diana dan Dodi sudah jelas:
Surat kedua Diana, bertarikh 13 Ogos, merujuk kepada sepasang ‘cufflink’ yang beliau sertakan bersama sebagai hadiah. “Darling Dodi, ‘cufflink’ ini adalah hadiah terakhir yang ku terima daripada seorang lelaki yang paling ku sayang – ayahku . . . sayang daripada, Diana.”
“Adakah mereka sudah berkahwin, adakah beliau mengandung?” tanya ahli ta’bir kepada jin tersebut. Jawapannya hanya diberikan beberapa hari kemudian, selepas pengkebumian Diana.
Keluarga Al Fayed tidak memberitahu kepada orang ramai sama ada Dodi dan Diana sudah berkahwin menurut cara Islam yang dipanggil Nikah. Jin memberitahu bahawa mereka sudah bernikah dan Diana sudah mengandung.
‘Saya merasa seakan pitam dan terasa sejuk, sangat sejuk sehingga saya tidak dapat gerakkan tangan saya, ia seperti beku tetapi jin tersebut mendesak saya bangun,” kata ahli ta’bir.
“Lembaga yang tinggi dan kelabu berdiri di hadapan saya apabila saya bangun. Saya masih dalam keadaan bingung, mata saya kabur dan berasa tidak tidur dan tidak juga jaga pada ketika itu. Jin tersebut menampar saya supaya saya bangun. Malah, ia telah membuat bising dengan melempar sebuah pasu bunga, untuk mendapat perhatian saya,
“Pada ketika itu, bilik terang benderang dan diselubungi kedinginan. Dengan mata yang separuh tutup, saya dapat lihat rupa paras jin tersebut. Rupanya amat menakutkan tetapi saya memberanikan diri dan mendengar berita yang hendak diceritakan kepada saya,” terang ahli ta’bir.
“Jika mereka belum berkahwin mereka tidak akan dibunuh. Diana sudah diberi amaran mengenai perkara tersebut tetapi beliau teruskan juga. Itu adalah pilihan beliau,” jelas jin tersebut lagi, lalu menambah bahawa Diana mahukan kebenaran didedahkan.
“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum kebenaran terbongkar. Perkara ini akan diceritakan oleh seorang saksi dan ia akan menjatuhkan raja British,” beritahu jin.
Jin telah berjumpa dengan ahli ta’bir selama beberapa jam setiap malam berturut-turut sehingga malam sebelum pengkebumian Diana.
Pada Jumaat malam tersebut, suasana dingin yang luar biasa dengan semua orang tidur begitu nyenyak. Jin tersebut muncul kembali bertemu dengan ahli ta’bir. Dia nampak agak tergesa-gesa dan gembira yang semua sudah agak reda buat ketika itu, dan Diana akan dikebumikan lebih awal daripada Isnin. Suatu yang Jin tidak setuju.
”Dia memberitahu saya bahawa Diana mesti dikebumikan sebelum Isnin akan datang kerana roh Diana mahu berpindah ke alam barzakh. Jin tidak hadir pada Khamis malam tetapi kembali pada Jumaat malam dan menunjukkan rasa puashatinya yang roh Diana sudah pergi.”
Pada Jumaat malam, Jin duduk atas tilam di sebelah ahli ta’bir, membongkar kisah ngeri di sebalik kematian Diana. Ia memberitahu bahawa terdapat saksi yang tinggal di hotel berdekatan terowong, yang telah menyaksikan kejadian kejar-mengejar Mercedes yang Paul Henry pandu. Kedua-dua kereta dipandu laju dan bertembong dalam terowong maut dan kedengaran satu letupan kuat.
Saksi tersebut tidak tampil ke hadapan memberi kesaksian kepada pasukan yang menjalankan inkues, kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Saksi ini telah hilang sejak hari itu. Sebuah akhbar Perancis bagaimanapun ada menyebut kewujudan seorang saksi yang tinggal di hotel berdekatan terowong di mana Diana dirempuh.
Ia mesti diperjelaskan bahawa Diana tidak mati dalam terowong tersebut dan beliau masih mampu bercakap dan mengenali orang yang berada dengannya selepas kemalangan tersebut. Ini juga tidak didedahkan kepada umum oleh pihak berkuasa.
Sementara cintanya kepada Dodi begitu mendalam, namun simpatinya kepada umat Islam dari Bosnia ke Pakistan dan fakir-miskin Afrika lebih dalam. Hal ini telah memberikannya peluang untuk lebih memahami Islam dan telah menariknya kepada keluarga Al Fayed.
Walaupun sebuah keluarga Muslim yang tidak menghayati Islam sepenuhnya, Al Fayed telah membantu Diana dalam pencariannya untuk memahami orang Islam dan agama mereka. Beliau (Diana) terfikir akan dapat membawa Dodi kembali kepada Islam dan itu akan membantunya mendekati Islam sepenuhnya di masa akan datang, jelas jin tersebut.
Ketika malam Jumaat itu juga, malam terakhir perjalanan jin pergi balik ke London dan pertemuannya yang terakhir dengan ahli ta’bir sebelum pengkebumian Diana. Jin mendedahkan siapa sebenarnya yang di sebalik serangan ke atas kereta Mercedes tetapi tidak menyebut siapa yang akan membongkar maklumat terperinci komplot menghapuskan Diana.
“Isunya mengenai agama, tiada isu lain. Diana seorang Muslim dan ibu kepada waris takhta Di-Raja! Perkara ini akan menghancurkan keluarga Di-Raja, kepada monarki Kristian di Britain dan kepada kestabilan Eropah secara keseluruhannya,” ahli ta’bir memberitahu WFOL.
Mereka yang berkomplot terhadap Diana telah menggunakan segala kuasa yang ada di Eropah bagi menghapuskan Puteri Diana. Ia persoalan mengenai agama dan politik, isu survival bagi keluarga Di-Raja. Monarki Britain telah bertempur dengan orang Islam di serata dunia, mengetuai perang salib di dunia Arab dan kini ibu kepada waris takhta monarki Kristian adalah seorang Muslim. “Itu tidak dapat diterima dan ia mesti dihentikan,” jelas ahli ta’bir.
Keluarga Fayed sedang berusaha mencari kebenaran bukan demi Islam atau sebab-sebab agama. Mereka berusaha atas sebab Al Fayed dan membalas dendam terhadap monarki British dan kerajaan British kerana tidak memberikan taraf warganegara kepada bapa Fayed dan keluarganya.
Ada perkara lain dalam fikiran Diana. Beliau tidak mahu anak-anaknya menjadi waris kepada takhta dan beliau pernah memberitahu ini – termasuk keluarga Fayed – bahawa beliau tidak mahu William dan Harry berada dalam bahaya tambahan pula mereka merupakan waris kepada takhta Di-Raja British. Itu terlalu bahaya bagi anak-anaknya.
Sejak beliau berpisah dengan bakal Raja England, Charles of the House of the Windsors, beliau percaya anak-anaknya ada peluang untuk tidak menduduki takhta.
“Pada saat-saat akhir kematiannya, Diana menggesa mereka yang hadir pada ketika itu – para doktor dan polis rahsia British – memastikan bahawa kedua-dua anaknya tidak menjadi ahli waris kepada takhta British,” tambah ahli ta’bir.
“Jin itu kemudian memberitahu bahawa dalam dekad yang akan datang, tidak lama lagi, kebenaran mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan Diana akan membawa kepada berakhirnya monarki di Britain. Hal ini akan berlaku, sementara Harry akan menjadi Muslim,
“William akan menjadi Raja England yang seterusnya selepas kematian Ratu Elizabeth. William sedang dipengaruhi agar mempercayai bahawa ini akan membuatkan ibunya bangga dengannya. Namun, itu bukan yang dipinta oleh ibunya, kerana menjadi Raja akan membawa kepada cubaan membunuhnya,” beritahu jin tersebut kepada ahli ta’bir.
Ia akan menjadi masa yang terdesak, kegagalan politik bagi Kerajaan British dan nyawa anak-anak Diana dalam bahaya. Selepas penggulingan Raja oleh massa – marah disebabkan pendedahan mengenai siapa yang membunuh Diana – dua putera raja Diana tidak akan diganggu. Pada ketika itu, dunia akan tahu kebenaran mengenai pegangan Putera-putera Raja England dan ia akan menjadi masa paling getir bagi mereka.
“Mereka akan diselamatkan oleh kamu dan cincin yang Dodi telah berikan kepada Diana sebagai hadiah, yang akan menyelamatkan nyawa mereka dan memberikan nafkah hidup sehingga mereka ketemu dengan hari-hari yang lebih baik,” beritahu ahli ta’bir.
Beliau memberitahu WFOL bahawa seluruh kisah tersebut didedahkan kepada kami, sebenarnya telah diberitakan kepadanya 10 tahun lalu dan kini sudah tiba masa untuk diberitahu secebis daripada kisah misteri tersebut.
Dia juga menegaskan bahawa salah seorang anak Diana tahu akan cerita ini tetapi tidak dibenarkan menyatakannya sendiri. “Mereka (anak-anak Diana) telah dilayan dengan baik sehingga mereka menjadi kurang bertanggungjawab dan lebih bergantung kepada keluarga Di-Raja. Diana tidak mahu itu berlaku. Beliau mahukan mereka menjadi lelaki yang membuat keputusan untuk diri mereka,” katanya lagi.