Negeri Kecil Banyak Panglima
Pergolakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum kali ini sepatutnya sudah dijangka.
Tindakan Radzi Sheikh Ahmad (Setiausaha Agung UMNO) membuat kenyataan terbuka bahawa Shahidan Kassim perlu diganti adalah rentetan kerja politik panjang sejak beberapa bulan lalu.
Salah siapa kalau bukan Pak Lah.
Kerana kasihankan kawan beliau yang pernah pijak bendera UMNO masa zaman kemuncak Semangat 46 dulu, Radzi diberi peluang jadi wakil rakyat, menteri dan Setiausaha Agung UMNO.
Kemudiannya beliau juga pilih Syed Razlan (adik Raja Perlis) jadi calon ahli Parlimen.