Helah dalam Rancangan Kuala Lumpur 2020…Ke arah Bandar Raya bertaraf Dunia atau Kelas Rendah?


Draf Rancangan Kuala Lumpur 2020 – Ke arah Bandaraya Bertaraf Dunia (DRKL 2020) telah siap diterbitkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan telah dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 15 Mei 2008 lalu.

Ia dikata telah diterbitkan dengan berlandaskan prinsip-prinsip musyawarah (consultative) dan ketelusan agar mencapai hasrat " konsep pertumbuhan dengan pengagihan, pembangunan fizikal dan sosial yang mampan, aktiviti ekonomi yang seimbang, pentadbiran yang adil dan efisien, penyediaan kemudahan awam dan kualiti hidup yang baik ke arah mewujudkan masyarakat berpengetahuan."

DRKL 2020 menyebut sebagai antara lain, komponen utamanya:

Persekitaran Hidup Bertaraf Dunia akan menyediakan perumahan dan kemudahan masyarakat berkualiti serta mencukupi. Draf Pelan Bandar Raya KL 2020 berusaha menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang selamat, sihat dan selesa dengan persekitaran hidup yang ceria bagi seluruh warga kota.(Jilid 1).

Dalam perkiraan para pakar perancang DBKL, bilangan penduduk Kuala Lumpur akan mencecah 2,198,336 orang pada tahun 2020.

Sasarannya ialah untuk menyedia purata sebuah rumah bagi empat orang penduduk.

Oleh itu, penyediaan 549,592 buah rumah yang selesa diperlukan untuk memenuhi sasaran tersebut (tetapi di muka surat 6.5, DBKL telah membuat anggaran yang lebih dari itu, iaitu sebanyak 626,317).

Penyelidikan pakar perancang DBKL telah mendapati bahawa jumlah unit perumahan yang ada sekarang ialah (diterjemah dari muka surat 6.5, versi Bahasa Inggeris):

 

Zon

Strategik

Kos Rendah dan

Rendah Pertengahan

Kos

Pertengahan

Kos Tinggi

Perumahan

Sementara

Jumlah

(unit)

Pusat Bandaraya

9338

12042

23584

2244

47208

Wangsa Maju-Maluri

41200

46323

54535

10765

152823

Sentul-Manjalara

45744

36181

66927

10885

159737

Damansara Pencala

2375

8570

47063

1708

59716

Bukit Jalil-Seputih

38152

28593

60277

8820

135842

Bandar Tun Razak-Sg Besi

51801

26598

36431

6007

120837

Jumlah (unit)

188610

158307

288817

40429

676163

Jika diteliti, bilangan perumahan yang sedia ada (676,163) telah mengatasi sasaran 2020 (549592) sebanyak 126,571 unit rumah!   Kerajaan telah membenarkan berlaku apa yang disebut oleh Rancangan Fizikal Negara (National Physical Plan – NPP) sebagai ''…a property overhang, which immobilises capital and resources which has come about from speculative development…'' (NPP muka surat 5-22, versi Bahasa Inggeris)

– …menghadapi isu hartanah tidak terjual dan memberi kesan terhadap modal dan sumber yang tidak dapat dipusingkan untuk pelaburan, ianya merupakan kesan spekulasi pembangunan.

Percanggahan lanjut didapati di antara muka surat 6.5 dan 6.6 (versi bahasa Inggeris) mengenai sasaran perumahan untuk tahun 2020.   Di muka surat 6.5 sasaran dijumlahkan seperti berikut:

Non-market Housing (Perumahan Sementara)                          50,105 units

Affordable Housing (Kos Rendah)                                             275,579 units

Medium Cost Housing (Kos Pertengahan)                                244,264 units

High Cost Housing (Kos Tinggi)                                                   56,369 units

TOTAL 626317 units

Di muka surat 6.6 pula jadual yang berbeza dipaparkan (terjemahan):

 

Zon

Strategik

Kos Rendah

Kos

Pertengahan

Kos Tinggi

Perumahan

Sementara

Jumlah

(unit)

Pusat Bandaraya

10496

20992

38486

 

  69974

Wangsa Maju-Maluri

31604

42981

51830

 

126415

Sentul-Manjalara

36768

32965

57055

 

126788

Damansara Pencala

5167

28048

40596

 

  73811

Bukit Jalil-Seputih

35713

30422

66136

 

132271

Bandar Tun Razak-Sg Besi

38823

25235

32999

 

  97057

Jumlah (unit)

158571

180643

287102

 

626317

Data dan informasi seumpama diatas amat mengelirukan.   Perbezaan keduanya membawa implikasi yang sangat berbeza  di mana jika lanskap perumahan di muka surat 6.5 diikuti, maka perumahan kos tinggi yang sekarang ini berjumlah 288,817 akan dikurangkan secara drastik sehingga menjadi hanya 56369 unit sahaja.   Apakah tujuan pengurangan drastik sedemikian dan bagaimanakah perkara itu boleh dilaksanakan?   Adakah pengambilan tanah dan perumahan kos tinggi itu, yang melibatkan kos pampasan yang tinggi, akan diambil untuk sesuatu tujuan komersil?   Apakah tujuan kekeliruan ini yang sepatutnya tidak berlaku?

Menurut kehendak NPP yang telah diluluskan oleh Kabinet dan Majlis Perancangan Fizikal Negara pada tahun 2005 lalu, sasaran kepadatan penduduk di bandar-bandar dan bandaraya mesti mencapai 25 orang se hektar.   DRKL 2020 mencatat jangkaan kepadatan 13,805 penduduk se km2 atau 138.05 penduduk se hektar untuk tahun 2020 (muka surat 2.8).   Dengan nyata sekali catatan DRKL 2020 itu telah menyalahi NPP sebagai suatu arahan yang sentiasa perlu dirujuk oleh Kerajaan Tempatan.

Kedua-dua kesalahan di atas memberi natijah yang besar kepada kualiti hidup rakyat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Ia menafikan kegunaan sumber-sumber yang amat penting dari sudut ekonomi, sosial dan keperluan asas rakyat.

Kelekehan perancangan yang diutarakan oleh DBKL juga mengakibatkan negara mengalami krisis kewangan yang lebih buruk dalam fasa kemelesetan ekonomi global ketika ini.

Dengan kos kehidupan rakyat yang senantiasa meningkat, pembaziran dan pengurusan ekonomi negara yang lekeh oleh para perancang seperti di DBKL tentunya amatlah membimbangkan rakyat.   Dianggarkan pembaziran dalam halatuju perubahan lanskap perumahan Kuala Lumpur menuju Bandaraya Kelas Dunia akan mencecah RM472 bilion, dengan disertai penafian penggunaan sumber-sumber dengan lebih berkesan oleh sebab property overhang dan tied-up capital yang disebut awal tadi.

Kesan sosial seperti statistik jenayah tinggi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan anak-anak yang belum selesa, serta keadaan alam sekitar yang tercemar yang ingin dielakkan daripada kepadatan penduduk yang tinggi juga tidak dapat dilaksanakan.

Nampaknya arahan  daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara yang diendors oleh Kabinet supaya pihak perancang bandar mengamalkan displin diri dan peka terhadap unjuran NPP belum dihiraukan dengan penuh komitmen dan kesungguhan.

Draf Rancangan KL 2020 ini perlu segera dikaji semula dan mengambilkira pandangan berbagai sektor masyarakat sekali lagi bagi menjamin pembangunan yang benar-benar menguntungkan rakyat terbanyak dan menjamin masa depan mereka secara seimbang.   Musyawarah atas kepentingan rakyat itu perlulah dilaksanakan secara telus dan tidak menyembunyikan sebarang fakta, sama ada yang positif atau pun negatif, dan jauh sekali dari memaparkan sesuatu yang mengelirukan.



Comments
Loading...