“Suara Rakyat Suara Keramat Siri 2â€
MALAM INI PENYU MENANGGIS
Bagaimana mungkin rakyat Kuala Trengganu lupa penganjuran pesta tersebut hanya untuk dinikmati oleh orang-orang “bourjuir” atau golongan bangsawan sedang rakyat sekadar menonton dari jauh dengan kepiluan hati menyaksikan bagaimana hasil dari royalti minyak bagaikan dilimpahkan kepada orang asing.
KAMAL AMIR MENULIS
RENCAM Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu menyaksikan secara tiba-tiba calon Barisan Nasional Datuk Wan Farid tidak lagi menjadi calon “favourite” untuk memenangani kerusi yang ditianggalkan oleh Allahyarham Datuk Ismail memandangkan kerancakkan kempen di gelanggang pentas tajaan BN semakin sepi dan ada kalanya bagaikan tidak bermaya lagi.
Masuk hari kedua seusai penamaan calon kelmarin bandar Darul Iman yang terkenal dengan cerita Monsoon Cup. Masjid Kristal dan insiden Azman serta Subandi “ditabrak” oleh peluru hidup pada tahun lalu kian sepi apabila para penyokong Barisan Nasional yang datang berbondong sebelum hari penamaan calon mula meninggalkan Kuala Terengganu.
Kesepian begitu terasa apabila bas-bas yang dipunggah beratus-ratus biji untuk membawa para penyokong mula meninggalkan bandar Kuala Trengganu kembali ke negeri dan bahagian masing-masing dalam meneruskan kehidupan yang kian tidak menentu kesan kemelesetan ekonomi dunia.
Esok khabarnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dijangka turun untuk memberi sokongan moral kepada calon Barisan Nasional yang bagai “cacing kepanasan” melihat hari-hari suramnya tidak lagi berkesempatan berada di anjung Seri Perdana. Mungkin ada pengumuman “molek-molek belake” bakal diumumkan oleh pemimpin besar Mazhab IslamHadhari itu sebagai upaya mengamit sokongan rakyat Kuala Trengganu.
Namun yang pasti rakyat di Kuala Trengganu tetap dengan kebulatan tekad mereka bagi menjelmakan “Suara Rakyat Kuasa Keramat” kesan kesilapan beberapa tahun kebelakangan ini apabila mereka bagai dipinggirkan oleh suku sakat Datuk Wan Farid terutama saat pesta Monsoon Cup diadakan.
Bagaimana mungkin rakyat Kuala Trengganu lupa penganjuran pesta tersebut hanya untuk dinikmati oleh orang-orang “bourjuir” atau golongan bangsawan sedang rakyat sekadar menonton dari jauh dengan kepiluan hati menyaksikan bagaimana hasil dari royalti minyak bagaikan dilimpahkan kepada orang asing.
Begitu juga persoalan pembenaan Masjid Kristal yang khabarnya menelan belanja lebih dari dua ratus juta ringgit dimana keuntungan dari perojek tersebut tidak dinikmati oleh rakyat sebaliknya hanya untuk segelintir orang tertentu yang rapat dengan Datuk Wan Farid. Dan lebih mendukacitakan mereka apabila rakyat disekitar kawasan tersebut masih terus dibungkus kemiskinan.
Sewaktu melawat persekitaran kawasan Masjid Kristal yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu tidak siapa mampu menahan rasa marah apabila melihat mutu pembenaannya sekadar “indah khabar dari rupa” di mana bahagian pintunya sudah mula dijengah karat dan berlaku keretakkan dia sana sini.
Beberapa kali laporan dibuat agar pihak berwajib segera menyiasat dan membawa kemuka pengadilan terhadap pihak yang melakukan khianat meluluskan mutu kerja yang amat tidak sepadan dengan harga kos pembenaan,namun sehingga saat ini tiada sebarang berita didengar apakah pihak kerajaan bakal melakukan siasat kemungkinan ujudnya elemen korupsi.
Terbaru saat mengumumkan pemilihan Wan Farid sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil itu, seluruh rakyat Terengganu bagaikan dijaring mimpi mereka apabila pengumuman dibuat sejumlah lebih empat ratus juta ringgit wang royalti mula dibayar kepada kerajaan negeri beserta jaminan akan menyusul lagi dengan jumlahnya mencecah angka billion ringgit. Namun begitu hinga saat ini sepatah kata rakyat di Kuala Trengganu “indah khabor dari rupe, belum terasa lagi nikmatnya untuk orang ganu kite!”.
Mungkin kerana itulah gelanggang serta pentas politik yang dianjurkan oleh Barisan Nasional kelihatan lenggang, Kalaupun ada yang datang, ia tidak lebih mencecah angka dua tiga ratus orang sahaja, sebaliknya sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pencaknya di Kuala Terengganu, ribuan rakyat dan pengundi berbondong-bondong menghadirinya.
Disamping itu pendekatan yang dilakukan oleh calon Pakatan Rakyat berserta para pemimpin Pas, Keadilan dan DAP untuk turun melawat dari rumah kerumah ternyata begitu berkesan. Kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka cukup membuatkan para pengundi di Kuala Trengganu teruja dan menjadikan situasi tersebut bagaikan lagenda “malam ini penyu menangis” untuk Barisan Nasional.
Seandainya situasi sebegini berterusan untuk satu minggu lagi pastinya kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu akan terlepas ketangan Pakatan Rakyat. Sosek-sosek kedai kopi serta cakap-cakap dibeberapa majlis sudah ada menyebut bahawa bukan sahaja ahli dan penyokong Pas serta Pakatan Rakyat bakalmemberikan undi kepada saudara Wahid Rasol, sebaliknya sudah ada juga orang Umno yang akan berpaling tadah.
Situasi sebegini tentulah tidak begitu baik untuk parti Umno dalam gagasan Barisan Nasional, namu dari sumber yang rapat dengan ahli Umno Kuala Terengganu ramai para penyokong Zubir Embong merasa kecewa kerana beliau tidak dipilih sebagai calon. Begitu juga dengan pengikut dan orang kuat Datuk Roslan Chik yang kempunan melihat tokoh idola mereka tidak memperolehi kesempatan bertanding.
Sebagai “Post Mortem” awal berhubung pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, kekalahan BN disamping ketegasan gulongan muda dan sebahagian besar mahu memperlihatkan serta menterjemah “suara rakyat kuasa keramat” ia turut didorong oleh krisis dalam bagi Umno Terengganu.
Para juak dan orang keliling Datuk Idris Jusoh khabarnya bakal melakukan “sabotaj” dalam senyap kerana mereka mahu membuktikan Datuk Mohd Said yang mengambil alih teraju kepimpinan dinegeri itu tidak mendapat sokongan rakyat. Dalam erti kata lain mereka berpendapat kemenangan calon BN bakal mengangkat laginama Mohd Said serta tanda berakhirnya pengaruh Datuk Idris Jusoh mantan Menteri Besar yang tidak mendapat perkenan dari Istana musim krisis jawatan Menteri Besar tujuh bulan lalu.
Tidak terkecuali orang kiri dan kanan Allahyarham Datuk Ismail yang bagaikan mahu membalas dendam terhadap percaturan politik Umno Kuala Terengganu di mana khabarnya sewaktu hayatnya, Allahyarham disingkirkan dari saf kepimpinan Umno bahagian tersebut. Lebih mengecewakan mereka lagi meskipun berjawatn Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri namun Allahyarham gagal diberi laluan menjadi perwakilan ke perhimpunan Agung Umno Malaysia.
Kalangan mereka merasakan semua ini berlaku disebabkan Umno Bahagian Kuala Trengganu ditabdi secara kroni dan nepotisma di mana didominasikan oleh Wan Farid bersama abangnya Datuk Wan Hisham mantan Exco kerajaan negeri.
Ekoran dari itulah menjadikan Wan Farid bakal menghadapi situasi sukar memenangi kerusi Parlimen dalam pilihanraya kecil kali ini disamping itu statusnya tidak lebih sebagai “calon underdog” meskipun kerajaan yang memerintah Terengganu hari ini adalah kerajaan Barisan Nasional. Apapun yang pasti “malam ini penyu tetap akan menanggis” mengenangkan untung nasib Wan Farid bagaikan Lebai malang, ayam menang kampong tergadai…… Alahai!!!!