Suara rakyat suara keramat siri IV
KATA DULANG PAKU SERPIH….!
Kalaupun mahu dicari kesalahan atau kesilapan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, carilah isu yang lebih sesuai dan ada “substance” jangan asyik main hentam keromo.
KAMAL AMIR MENULIS
TERNYATA semua pihak menzahirkan satu suara “mengutuk tindakan ganas penuh kebinatangan regim Zionis “ terhadap rakyat di bumi Palastin. Setelah tanah pusaka mereka dirampok, setelah kedaulatan negara mereka dipercacai dan dinodai selama lebih enam puluh tahun, Yahudi laknatullah terus melakukan penyembelihan bukan sahaja keatas pejuang rakyat Palastin malahan tanpa mengenal batas-batas kemanusiaan air mata darah dan nyawa warga Palastin diteguk serakus mungkin.
Dunia melihat dengan penuh kesayuan terhadap kebejatan dan sikap rakus regim Yahudi tanpa mampu melakukan apa-apa kesan adanya rangsangan serta tangan-tangan ajaib di rumah putih Washington mendominasikan permainan di papan catur terhadap bumi Palastin.
Petang tadi jelas membuktikan betapa pimpinan utama seluruh rakyat cinta damai tanpa mengira sempadan politik dan untuk pertama kalinya seusai musim pilihanraya umum ke 12 para anggota Parlimen (Yang Berhormat) memperlihatkan serta mempamerkan bentuk perbahasan yang sewajarnya diguna pakai di Dewan Rakyat.
Tiada jerit pekik seperti monyet di kandang sarkas, cuma kalau ada pun hanyalah Bung Mokhtar dan Ibrahim Ahli yang masih menuturkan buah bicaranya dalam nada kritis serba membingitkan (mungkin mahu mempamerkan amarah disudut hati).
Lebih menarik apabila pimpinan Pakatan Rakyat mampu menterjemahkan setiap isu bukan sekadar melulu dan membabi buta. Seharusnya begitulah sikap dan hala cara berpolitik. Sesungguhnya saya amat terharu dan yakin bahawa pimpinan Pakatan Rakyat berjaya membuiktikan bila masanya bergurau dan berpolitik dan waktu mana pula ketegasan perlu diperlihatkan.
Walaupun usul menentang keganasan terhadap regim Zionis dibawa oleh Perdana Menteri serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri namun yang jelas pimpinan pembangkang samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mahupun Datuk Hj. Hadi serta Lim Guan Eng, kesemua mereka senada mempamerkan kematangan menyokong usul tersebut.
Dalam pengertian yang lain meskipun berada di barisan pembangkang tidak semestinya sesuatu yang baik itu ditentang atau disangkal. Seharusnya pimpinan kerajaan yang berada di anjung kuasa wajar mengambil iktibar dari sikap keterbukaan pimpinan pembangkang yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri.
Seharusnya untuk masa-masa mendatang jika sesuatu isu itu dikemukakan oleh Pakatan Rakyat tidak semestinya dipandang remeh atau diketepikan begitu sahaja terutama berhubung soal korupsi serta salah laku pemimpin. Belajarlah untuk jadi lebih matang duhai pimpinan dalam kerajaan.!!!
Menyorot peristiwa petang tadi saya dijengah tanda tanya apabila memikirkan persoalan “hudud” dan kisah pembelian kereta oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang cuba diputar belitkan oleh media arus perdana.
Mungkin kerana kehabisan modal dalam menyangkal isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat membuatkan mereka cuba mengalih perhatian rakyat khususnya para pengundi di kawasan pilihanraya kecil P36 Kuala Trengganu di mana cerita Hudud begitu hebat didengungkan untuk menggambarkan berlakunya keretakan dan tiada persefahaman dikalangan pimpinan pembangkang.
Sewajarnya percaturan politik sebegitu cetek dan sempit hendaklah segera dihentikan kerana rakyat sudah dapat membaca apa yang tersirat dan apa sebenarnya mahu diutarakan sebagai upaya meraih sokongan bagi pilihanraya kecil di Kuala Trengganu. Rakyat hari ini dapat membaca yang mana retorik dan yang mana satu perjuangan ikhlas.
Semakin cuba diputar belitkan oleh media arus perdana isu-isu sedemikian, pastinya semakin meluat dan jengkelnya rakyat terhadap pimpinan Barisan Nasional serta menggambarkan sebegitu terdesaknya calon BN mengapai yakin rakyat memihak kepada mereka. Dalam erti kata lain percaturan sebegitu sudah dianggap lapuk dan tidak dapat diterima oleh para pengundi yang begitu yakin kebangkitan “Suara Rakyat Kuasa Keramat”.
Begitu juga dalam soal pembelian kereta jenama “Camary” yang telah dibeli oleh kerajaan negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang yang cuba dijadikan isu seolah-olah menggambarkan pimpinan di ketiga-tiga negeri tersebut menghabiskan dan membazirkan wang rakyat. Saya kira cerita sebegini yang cuba diputarkan sebagai sajian berita kepada rakyat tidak membawa sebarang kesan kerana alasan yang diberikan oleh teraju kerajaan (Menteri Besardan Ketua Menteri) begitu jelas bahawa penggunaan kereta Proton Perdana adalah terlalu tinggi disudut kos pengendaliannya.
Usaha yang dilakukan oleh mereka adalah untuk menyelamatkan wang rakyat agar tidak dibazirkan hanya untuk pengendalian dan penyelengaraan yang mencecah hampir ratusan ribu setiap tahun. (Sila rujuk kenyataan Menteri Besar Trengganu tiga bulan lalu berhubung biaya kos penyelengaraan kereta Proton Perdana yang menelan sejumlah hampir satu juta setahun.
Persoalannya apakah rakyat Terengganu sudah lupa bagaimana kerajaan negeri “Malam ini Penyu menanggis” yang dipimpin oleh “pendekar gedebe” Datuk Ahmad Said menggunakan wang rakyat Terengganu bagi menukar kereta anggota exconya dengan jenama “Mercedes”?
Siapa lebih banyak membazir jika dibandingkan antara Toyota Camarry dan Mercedes. Bagaimana mungkin isu pembelian atau penukaran kereta baru oleh kerajaan Pakatan Rakyat cuba didengungkan bagi meraih sokongan pengundi Kuala Trengganu sedangkan diwaktu yang sama pimpinan negeri tersebut menggunakan kereta Mercedes. Bukankah ini yang dikatakan “ Kata Dulang Paku Seripi, mengata orang aku yang lebih…..”
Lebih seronok lagi apabila Dato’ Seri Khir Toyo cuba menjadi jaguh mempersoalan Tan Sri Khalid Ibrahim bersama exconya meluluskan pembelian kereta Toyoya Camry bagi kegunaan resmi kerajaan menggantikan Proton Perdana. Apakah mantan Menteri Besar Selangor itu lupa saat rakyat mengeluh dengan kesempitan hidup kesan kenaikkan barangan kereta apakah yang digunakan olehnya? Cuba nilai jenis kereta yang dipakai olehnya sendiri? Berapa harga jualannya? Berapa pula kos pembiayaan dan penyelengaraan bulanan.
Begitu juga Dato Seri Tajol Rosli di Perak, kereta apa diguanakan olehnya saat menyandang jawatan Menteri Besar Perak selain dari Proton Perdana? Apakah tiada kereta lain yang seringkali digunakan kehulu kehilir? Datuk Mahathir Khalid di Kedah pula mampukah menolak dan menafikan bahawa beliau juga turut kelihatan turun naik kereta Mercedes yang harganya jauh lebih tinggi dari harga kereta Toyota Camry?
Kalaupun mahu dicari kesalahan atau kesilapan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, carilah isu yang lebih sesuai dan ada “substance” jangan asyik main hentam keromo. Cermin-cerminlah diri kita sendiri siapa sebenarnya yang saat berkuasa memperkosa serta merampok harta rakyat.
Apakah para mantan Menteri Besar serta kalangan mantan wakil Rakyat dari Barisan Nasional termasuk “brother Samy Tol” benar-benar bersih saat mereka berada di anjung kuasa. Adalah amat tidak masuk akal bagi rakyat menggunakan “Suara Rakyat Kuasa Keramat” menendang mereka dari berada dianjung kuasa menerusi pilihanraya lalu.
Sesungguhnya punca mereka “dironton” dan disingkirkan dari anjung kuasa adalah atas kebobrokkan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Rakyat benci, meluat serta jelek atas sikap bongkak dan rakus merampok harta rakyat. Sama rakusnya seperti regim zionis memperkosa tanah dan harta milik rakyat Palastin.
Tidak mungkin rakyat akan “menendang” mereka keluar dari anjung kuasa seandainya sepanjang menjadi wakil rakyat mereka hadir sebagai pembela rakyat. Rakyat cinta damai di bumi merdeka ini tahu dan amat mengenal siapa pemimpin yang kaki korup dan “kaki betina” serta “tahi arak”. Malahan rakyat sedar dan cukup tahu siapa dikalangan pemimpin yang seringkali mengambil kesempatan menodai anak isteri orang.
Masa dan ketika akan sampai, selagi pimpinan masih terus rakus merampok harta rakyat, bergelumang dengan budaya korupsi dan nepotisma, maka selagi itulah rakyat akan memburu mereka untuk segera disingkirkan dari anjung kuasa. Pimpinan harus sedar rakyat hari ini tidak lagi boleh di”dungukan” dengan “cepua” habuan lima enam ratus ringgit bagi mengundi mereka sebagai pemimpin. Lihatlah dan saksikanlah bagaimana pengundi di Kuala Terengganu pasti akan menghukum pemimpin dengan slogan “Suara Rakyat Kuasa Keramat”.
Rakyat tidak lagi boleh dipenjarakan minda mereka untuk selama-lamanya. Dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat menjadikan rakyat khususnya para pengundi tidak lagi boleh didodoikan dengan hala cara politik serba jumud penuh retorika. Rakyat tahu dan cukup mengenal antara kaca dan permata……!