Suara rakyat suara keramat siri V


PENYU TIDAK BERTELUR LAGI

Menurut beberapa orang teman yang masih terus berkampong di persekitaran Batu Burok dan pekan Kuala Terengganu, kedudukan pengundi di kawasan Wakaf Mempelam masih kental untuk menolak calon dari Barisan Nasional. Begitu juga dengan beberapa kawasan lain.

KAMAL AMIR MENULIS

KURANG lebih 72 jam lagi berakhirlah ceritra di Kuala Terengganu. Dan seluruh rakyat pasti akan dapat mengetahui siapakah calon pilihan rakyat di kawasan Parlimen P36. Mungkinkah para pengundi di kawasan tersebut masih bersedia meletakkan keyakinan  kepada calon Barisan Nasional untuk terus mendominasi kepimpinan disitu atau sebaliknya.

Seusai 72 jam itu jugalah pengusaha keropok lekor di Losong akan kembali menghitung jualan hariannya tidak sebanyak dua tiga minggu lalu. Warung kopi bakal sepi, kalaupun ada pengunjung hanyalah kalangan pelangan tetap seperti hari-hari biasa. Bilik-bilik hotel tentunya turut lesu tiada penghuni.

Untuk tempoh 48 jam mendatang ini siri kempen pastinya berada di tahap kemuncak. Jentera  setiap calon yang bertanding  sudahpun  memasuki “gear” lima dan menekan minyak sehabis mungkin. Sepatah kata warga perak, “dalam tempoh empat puluh lapan jam ini  pengaruh dan keyakinan pengundi akan dikejor semahu mungkin!”.

Warga besar Umno masih meneruskan hujah mereka bahawa pilihanraya kali ini hanya dua calon sahaja berada pada kedudukan 50-50 melibatkan wakil dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Sementara calon bebas besar kemungkinan akan hilang wang pertaruhan.

Namun begitu menurut beberapa orang teman yang berkesempatan berkunjung ke Kuala Terengganu, ramai menzahirkan bakal berlaku perubahan cukup ketara  “mood” atau sikap pengundi untuk terus menolak calon dari Barisan Nasional sebagai isyarat berterusannya penolakkan rakyat kesan kebobrokkan  pemimpin dan “masih belum sedar diri lagi” kalangan warga Umno untuk segera  berubah sikap menghormati “Suara Rakyat Kuasa Keramat”.

Menurut beberapa orang teman yang masih terus berkampong di persekitaran Batu Burok dan pekan Kuala Terengganu, kedudukan pengundi di kawasan Wakaf Mempelam masih kental untuk menolak calon dari Barisan Nasional. Begitu juga dengan beberapa kawasan lain.

Meskipun ratusan juta nilai perojek telah dihamburkan serta dijanjikan untuk rakyat serta pengundi di Kuala Terengganu namun  mereka  menyifatkan  ia seperti “musim  penyu bertelur” yang hanya datang sekali setahun. Malahan ada juga cakap-cakap sumbang di kalangan  pengundi menyatakan,wang dan perojek  dihulurkan kami  terima berserta ucapan terima kasih, namun untuk memberi undi……letih!!! letih!!!!letih!!!maha meletihkan.

Rakyat di Kuala Terengganu juga dalam musim pilihanraya kecil kali ini dilihat cukup bijak memilih pentas atau gelanggang untuk dihadiri. Kerana itulah terdapat lebih daripada sepuluh sessi ceramah yang mendatangkan pimpinan hebat dikalangan sidang wazir di anjung Seri Perdana,  kehadiran pendengar cukup memilukan. Seorang Menteri Besar dari Selatan Semenanjung berkunjung berceramah disalah satu kawasan dengan jumlah penonton Cuma  sekitar enam puluh orang.

Dari jumlah tersebut tiga puluh  terdiri dari kalangan jentera parti yang dibawa  datang dari luar Kuala Terengganu sementara dua puluh orang lagi adalah bukan pengundi di kawasan tersebut meskipun mereka adalah anak watan Terengganu. Dalam erti kata lain seorang Menteri Besar hanya mampu menarik pengundi mendengar ceramahnya Cuma sepuluh orang.

Boleh dikatakan setiap pentas atau gelanggang ceramah Barisan Nasional, selain dari yang diadakan di dewan-dewan besar melibatkan kakitangan kerajaan serta  pelajar sekolah,kesemua siri  gerak kerja kempen menemui kegagalan.

Situasi ini cukup berbeza jika mahu dibandingkan dengan kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mampu menarik  jumlah pendengar dan penonton melebihi 20,000 orang. Namun semua ini tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

Jika mahu dibuat kajian rawak, calon Barisan Nasional benar-benar berada dalam situasi cukup tertekan kerana harapan mahu  menggantikan Allahyarham  Razali Ismail sebagai “wakil rakyat” kian pudar. Biarpun tenaga penggerak kempen termasuk  media arus perdana menyebelahi  atau berpihak kepada calon Barisan Nasional namun rakyat tetap bijak membuat pilihan.

Selain dari pelbagai isu penuh retorik dijelmakan  oleh setiap calun, namun ternyata ia tidak mampu mengamit yakin rakyat beralih kepada calun Barisan Nasional. Dengar khabarnynya Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang saudara  Azam Ismail  bakal meledakkan satu  kenyataan beserta dengan bukti  bagaimana peristiwa  tembakan  demonstran di Batu Buruk tahun lalu seolah-olah menyamai peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya beserta para pengikutnya di Mamali. Tunggu lah satu dia hari yang mendartang.

Landskap serta aroma politik tanah air mutakhir ini  benar-benar membawa arus perubahan cukup mendadak di mana isuisu menyerang peribadi atau pembunuhan karakor “Personality assination” tidak lagi dapat diterima. Para pengundi dan masyarakat massa warga bangsa Malaysia sudah menolak hala cara dan corak politik sedemikian.

Apa yang dambakan oleh rakyat serta pengundi adalah menyentuh persoalan dasar bukan hanya berlegar  dengan isu-isu politik perkauman sempit, politik cari makan dengan bidalam “ tongkang pecah, Yu yang kenyang”. Mereka tetap yakin bahawa kesemua janji-janji politik peruntukkan dan pembangunan tidak labih seperti “menanti penyu bertelur di pantai Rantau Abang”.

Mereka merasa yakin bukan sekadar dimusim tengkujuh penyu tidak lagi datang bertelur kesan daripada ujudnya  tebing-tebing serta tembok  benaan manusia di persekitaran Batu Buruk “monsoon cup” malahan besar kemungkinan janji  yang ditabur tidak mungkin dapat terlaksana sepenuhnya.

Tambah meyakinkan mereka apabila mendengar ucapan Menteri Besar Datuk Ahmad Said (Menteri Besar yang ditolak oleh Umno musim hu ha hu ha krisis antara Umno dan Istana) di mana beliau dengan lantang menyatakan bahawa  pembangunan pasti akan diujudkan seandainya calon Barisan terpilih memenangi pilihanraya kecil itu.

“Apa akan jadi jika Datuk Wan Farid kalah? Dapatkah setiap perojek yang diumumkan sepanjang musim kempen pilihanraya kecil itu terlaksana sepenuhnya? Kalau   seandainya saudara Wahid  dari Pas  berjaya memenangi pilihanraya itu nanti apakah tidak berlaku penarikan semula setiap kelulusan yang telah diumumkan?

“Kerana itulah kami tidak akan percaya  dengan taburan  janji yang dihamburkan. Bagi kami kebangkitan Suara Rakyat Kuasa  Keramat tetap akan kami terjemahkan melalui peti-peti undi.” Ujar salah  seorang pengundi yang menetap di kawasan DUN  Wakaf Mempelam dan  daerah losong.

Biar apa pun kita amat mengharapkan agar pilihanraya kecil Parlimen P  36  biarlah terlaksana dalam aroma demokrasi hakiki. Janganlah diteruskan sebarang percaturan “tipu dan cilok mencilok” undi  kerana  kesannya bakal menjadi lebih parah lagi di hati rakyat.

Sebagai rekod, Datuk Mustapha Ali melalui sidang medianya menyelar  kerjasama antara SP-uruhanjaya Pilihanraya dengan Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa membuka pejabat hingga jam 10 malam merupakan insiden cemar serta tidakberetikanya pengendalian pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Drlain dari isu pengundi hantu, sudah ada pula dakwaan berlakunya “kong kalikong” antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.



Comments
Loading...