Pas Temui Senjata Akhir Menjelang Hari Mengundi


JAN 16 – Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri, Dauk Seri Najib Tun Razak.

Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.

Beliau berbuat demikian selepas PAS dan PKR membuat bantahan terhadap tindakannya memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar jangan mengundi pembangkang jika tidak mahu kehilangan pekerjaan masing-masing.

Dua isu ini dijangka menjadi penentu pilihan raya kecil kali ini kalau kita bercakap soal senjata dan isu terakhir menjelang hari mengundi.

Read more at: http://anwaribrahimblog.com/2009/01/16/pas-temui-senjata-akhir-menjelang-hari-mengundi/



Comments
Loading...