Lapuran terkini !!!
9.35 pagi
Cuaca baik sangat !!!
Pelapor memberitahu Penyokong PAS bersemangat memberikan sokongan. Malam tadi ada dialog bersama rakyak di Bilik Gerakan PKR berhadapan pusat mengundi membuahkan hasil. Remaja dan anak muda dikhabarkan turut memberikan sokongan.
9.47 pagi
Polis menjaga lalu lintas dengan berkesan.
Pondok panas PAS mendapat kunjungan hebat dari pelbagai lapisan.
Jentera UMNO kelihatan lesu macam ayam berak kapor …
9.50 pagi
dari mmutaligat – Saya menjangkakan jumlah pengundi yang keluar melebihi 85 % mungkin menjangkau 90%. Jika peratus pengundian mencecahkan lebih 95 % barangkali ada pengundi dari alam lain yang mengundi.
10.12 pagi
Sekatan jalan raya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Terdapat lebih 10 sekatan jalan raya. Manakala setiap penumpang bas pula diperiksa kad pengenalan mereka menyebabkan bas yang sepatutnya sampai di Kuala Terengganu jam 5 pagi terlewat sehingga jam 7 pagi. – lapuran harakah
Read more every few minutes at: http://notoumno.blogspot.com/