Tajol Tidak Tahu Siapa Pembangkang Di Perak…


Pengunaan kalimat "pembangkang" yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat di Perak adalah memalukan.

Ia menunjukkan dan mengesahkan bahawa Tajol masih belum bangun dari tidurnya yang lena. Sedarlah kamulah yang duduk dikerusi pembangkang dan kamulah ketuanya dan kami adalah kerajaan yang diamanahkan secara sah oleh rakyat Negeri Perak dalam proses Demokrasi.

Siapa lagi akan meloncat ?

Mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak yang di adakan ekoran tindakan Nasaruddin meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ipoh malam tadi dilaporkan media dihadiri seramai 20 daripada 28 orang wakil rakyat BN. Antara alasan mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan ialah sedang berada di luar negara.

Media juga melaporkan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di mana terdapat beberapa lagi pemimpin daripada BN akan melompat parti.

READ MORE HERE



Comments
Loading...