Tanpa Prejudis


Kenapa Papan Tanda Mulia Ini Sudah Jarang Kelihatan?

TAHUN-tahun awal pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan, 1990-an berbagai bentuk objek syiar Islam dipacak atau digantung di serata tempat di negeri itu untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya mendekati Islam secara menyeluruh.

Secara tidak langsung syiar itu juga membezakan kerajaan Pas dengan kerajaan Kelantan pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Lambang dan objek itu juga mecerminkan Kelantan dipimpinan oleh ulama yang mengambil berat kepada perkembangan kegiatan dan roh Islam.

Salah satu yang ketara ialah pemasangan papan tanda yang memuji dan mengagungkan nama Tuhan dan zatnya dengan kalimah, Subahanallah, Allahamdulilah dan Allahuakbar. Boleh dikatakan di semua jalan-jalan yang menjadi pintu masuk ke setiap daerah di Kelantan di didirikan papan tanda berkenaan.

Menarik juga bila kita melalui jalan berkenaan kerana secara tidak langsung dapat berzikir dan bertasbeh kepada Allah. Anak-anak dan isteri juga yang tahu membacanya menyebut dan mengulanginya beberapa ketika sebaik melihat papan tanda itu.



Comments
Loading...