And Meanwhile .. Bumiputera Christians Fret


This letter was published in the February 1 2009 edition of The Herald by a Bumiputera Christian:

Larangan penerbitan dan pencetakan Ruangan Bahasa Malaysia (BM) HERALD adalah suatu yang mengejutkan. Melarang penyiaran dan pencetakan ruangan BM samalah menafikan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan umat Kristian di dalam urusan harian.

Apatah lagi di Sabah dan Sarawak yang menggunakan BM di dalam Misa Kudus dan seminar-seminar. Adakah BM juga tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam Misa Kudus kerana terdapat doa yang mengandungi kata ‘Allah’?

Walaupun larangan Ruangan BM telah ditarik kembali tetapi saya tetap mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak berasas.
Tindakan KDN adalah tidak menghormati Mahkamah Tinggi dan Perlembagaan Perseketuan. Kes tuntutan penggunaan kata ‘Allah’ masih lagi berjalan namun KDN sudah tidak sabar-sabar lagi ‘menghukum HERALD’ dengan menggantung penerbitan ruangan BM HERALD.

Seingat saya, telah dua tahun berturut-turut KDN asyik menangguhkan pembahuruan permit HERALD. Beginikah layanan Kerajaan terhadap umat Kristian yang menyokong dan mengundi kerana percaya akan ‘dasar kebebasan beragama dan masyarakat harmoni’?

Bukan meminta untuk dilayan secara istimewa tetapi umat Kristian juga mempunyai hak untuk memperdalamkan ilmu keagamaan melalui pembacaan.

Read more at: http://www.bobjots.org/2009/02/and-meanwhile-bumiputera-christians-fret/



Comments
Loading...