RASUAH UMNO


Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.

2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

3. Sekarang kita dengar cerita lain pula. Wakil-wakil Bahagian yang akan hadir Mesyuarat Agong pada bulan Mac sudah pun ditentukan oleh bahagian-bahagian. Mereka terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan tujuh orang yang dipilih dalam mesyuarat bahagian yang lalu. Jumlah 11 orang semuanya.

4. UMNO mempunyai lebih kurang 190 bahagian, bermakna jumlah wakil ke Mesyuarat Agong adalah seramai 2,090 + ahli Majlis Tertinggi.

5. Sasaran rasuah ialah kepada 2,090 wakil ini. Saya dengar (tetapi saya tidak percaya) sudah ada calon bagi jawatan tertentu yang sudah beri elaun bulanan kepada sebilangan besar daripada 2,090 wakil ini. Bahagian mereka mencalon calon-calon tertentu tetapi yang akan undi dalam Mesyuarat Agong ialah perwakilan. Dan mereka yang dapat elaun mungkin (mungkin sahaja) akan undi calon yang memberi elaun kepada.

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...