Implikasi Tumbangnya Kerajaan PR Perak


APA PUN yang terjadi dan akan terjadi dalam jangka masa singkat ini, hakikat yang terpaksa diterima ialah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak yang berusia tidak sampai setahun telah roboh.

Empat Adunnya – tiga daripada parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) dan seorang daripada DAP telah belot dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Mereka adalah Jamaluddin Mohd Razdi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) dan Nasaruddin Hashim (BN-Bota yang melompat ke PKR 10 hari lalu).

Melainkan mereka berubah hati dan merangkak pulang semula ke pangkuan PKR atau empat orang Adun BN pula belot dan memberi sokongan kepada PR, riwayat PR di Perak boleh dikira berakhir.

Malah itulah “pengakuan” Menteri Besarnya, Mohammad Nizar Jamaluddin, apabila dia menyembah Sultan Perak hari ini dan menasihatkan Baginda agar membubarkan Dewan Undangan Negeri. Dalam erti kata yang lain, dia mengaku bahawa PR tidak lagi mempunyai bilangan ahli mencukupi untuk terus memerintah.

Dan seperti kata Mohd Nizar, sekarang terpulanglah kepada Tuanku. Apa pun keputusan Baginda, Kerajaan PR Perak sudah menjadi sejarah, sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...