Kemelut DUN Perak: siapa singa dan siapa mangsanya?


Rakyat Malaysia sedang menyaksikan satu babak politik kuasa yang cukup menarik di Dewan Undangan Negeri Perak.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat (PR) sudah meninggalkan parti masing-masing dan memilih jadi anggota bebas. Seorang ADUN BN yang baru-baru ini melompat ke PR sudah kembali semula kepada BN. Akibatnya, kedudukan kerusi dalam DUN Perak kini adalah 28 PR, 28 Barisan Nasional (BN) dan 3 bebas.

Oleh itu, siapakah yang menguasai DUN Perak pada ketika ini? Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menganggap dirinya masih lagi Menteri Besar, telah mengadap Sultan Perak dan memohon perkenan untuk membubarkan DUN Perak dengan serta merta. Beliau yakin bahawa sebarang keputusan oleh Sultan Perak akan dibuat secara adil.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku pengerusi BN pula berkata bahawa BN kini bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak kerana empat ADUN yang telah meninggalkan parti masing-masing dikatakan akan menyokong BN.

READ MORE HERE



Comments
Loading...