Some Speculation On The Perak Crisis Outcome/Beberapa Spekulasi Berkenaan Dengan Krisis di Perak


Semasa artikel ini ditulis, Najib dan Zahid sedang berjumpa Sultan Azlan di Kuala Kangsar. Saya tidak tahu apa keputusannya tapi saya ada mendengar beberapa spekulasi:

a. Kemungkinan untuk membubarkan dewan adalah tipis kerana perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Sultan Perak atau mana2 Sultan sebelum ini.

b. Namun, ketiga-tiga ADUN yang melompat ini telah melakukan penghinaan terhadap duli Tuanku kerana melanggar janji mereka kepada Duli Tuanku sewaktu penubuhan kerajaan Perak dahulu.

c. Duli Tuanku mungkin akan meminta ketiga-tiga ADUN yang melompat itu untuk mengosongkan kerusi mereka dan mengadakan PRK di ketiga-tiga DUN. Ini adalah penyelesaian jalan tengah yang paling praktikal.

d. Najib akan berusaha supaya tiada PRK akan diadakan dalam masa terdekat.

e. Rekod Sultan Azlan Shah sewaktu menjadi CJ dahulu adalah sangat baik dan murni. Ada kemungkinan Baginda tidak akan mengambil permohonan Najib dan BN secara totok.

f. Sekarang ini surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut berada di dalam tangan Duli Tuanku. Ertinya, Duli Tuanku tidak boleh mengenepikan tindakan derhaka kepada raja oleh ketiga-tiga ADUN ini.

g. Tuanku Sultan Azlan Shah boleh memberikan penyelesaian yang adil. Soalnya, adakah Baginda mahu atau tidak. Itu sahaja.

Yang penting kepada kita semua adalah terus berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

http://www.malaysiawaves.com/



Comments
Loading...