Terkini: Najib tinggalkan bangunan Umno Perak, sidang akhbar dibatalkan
Terkini
* Sultan tidak bersetuju untuk membubarkan DUN. Menteri Besar dan semua barisan Exco disuruh letak jawatan.
* Anwar telah tiba di rumah MB Perak. Sidang akhbar akan diadakan bersama-sama Nizar, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
* Keputusan ditangan Sultan Perak, kedua-dua Barisan dan Pakatan yakin keputusan akan memihak kepada mereka.
* Mesyuarat Umno telah tamat, Najib telah meninggalkan Bangunan Umno negeri Perak tanpa sidang akhbar.
* Najib dan Umno Perak sedang bermesyuarat. Dikatakan sidang akhbar yang dijadualkan selepas mesyuarat Umno tersebut dibatalkan.
* Nizar Jamaluddin telah meninggalkan Istana. Apabila ditanya oleh wartawan tentang apakah keputusan Sultan, dengan senyuman sambil menunjukkan tanda “bagus” Nizar mengatakan, “Petanda Baik, Alhamdulillah”.
* Setakat ini, Najib telah berjumpa Sultan selama dua kali. Sultan juga sedang berjumpa dengan MB Nizar Jamaluddin.
* Keadaan masih lagi tidak menentu. Perhimpunan 100,000 rakyat tetap akan diteruskan.
* Speaker DUN telah membawa ke mahkamah mengenai pengosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.