Message to DS Anwar and DS Nizar


DS Anwar & DS Nizar,

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya meminta Datuk Seri berdua supaya menjunjung titah Tuanku Sultan tanpa banyak membangkang. Memang sebagai seorang manusia, kita selalu melatah di dalam keadaan darurat ini.

Sebagaimana titah sultan, kita harus bersabar. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang jadi. Contohnya, sikap pemimpin DAP di negeri Perak bukanlah sesuatu yang baik di mata sultan. Kerajaan PAS sebelum ni tidak pernah menghadapi masalah dengan istana. Janganlah kerana isu ini, pihak kerajaan PR dianggap derhaka. Perjuangan PR masih lagi panjang dan di setiap hujung pilihanraya, kita terpaksa menghadap istana baik di peringkat negeri ataupun persekutuan.

Oleh itu, jadikan ia sebagai iktibar. InsyaAllah pihak PR akan kembali dinegeri Perak dan persekutuan. Sudah tentu pihak Istana di negeri-negeri yang lain sentiasa mengikuti perkembangan ini. Mereka akan melihat apakah kerajaan PR ni patuh kepada perlembagaan dan istana?. Kita terpaksa berkorban demi menjaga hubungan baik kerajaan PR dan istana – untuk masa depan.

Saya melihat sikap pemimpin DAP Perak sejak dari mula lagi sudah menunjukkan sesuatu yg kurang baik kepada sultan. Cara mereka menghadap pihak istana adalah tidak memuaskan. Saya sebagai seorang rakyat merasakan ianya tidak patut berlaku. Memang betul DAP mempunyai majoriti, tetapi ianya bukanlah hak mutlak untuk berbuat biadap terhadap sultan. Didalam Demokrasi Raja Perlembagaan, perkenan sultan, raja dan agung adalah segala-gala nya.

Biarlah BN/UMNO sahaja yang melakukan kesilapan didalam permainan mereka. Kita pula perlu menjaga nama baik di mata rakyat dan di mata sultan. Rakyat terutama orang Melayu begitu sensitive apabila ada yang menyanggah Sultan. Kerajaan Perak bukan lah kerajaan boneka. DS Nizar adalah pemimpin yang berwibawa. Pantang orang Melayu menyanggah keputusan istana.

Pihak MSM dan BN/UMNO sudah kehilangan banyak kepercayaan rakyat. Isu ni membuatkannya semakin teruk. Kalau DS berdua tetap dgn keputusan sekarang, ia akan backfire dan BN/UMNO akan cuba mengait keuntungan. Oleh itu, jangan sampai kita hilang undi orang Melayu. Dan jangan pula kita sekali-kali menyanggah keputusan pihak istana.

Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

So, Datuk Seri,….. please…..

InsyaAllah kita akan beroleh kemenangan. Berdoalah kerana kita sudah dianiaya..

 

BlackT5



Comments
Loading...