Speaker pohon upacara angkat sumpah MB Perak ditangguh


(mStar) IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda untuk menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar.

 

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

 

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.



Comments
Loading...