Civil Disobedience For Perak Voters


Apa yang berlaku di Perak adalah satu trajedi yang amat menyedihkan bagi rakyat yang telah tidak diberikan hak untuk memilih kerajaan pilihan mereka.

Mengikut perundangan yang saya fahami Kerajaan Perak yang sah dipilih rakyat selepas pilihanraya Mac 2008 ialah Kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan apa yang berlaku dari segi perundangan kerajaan baru iaitu Barisan Nasional yang merampas kuasa adalah tidak sah. Seingat saya majority pengundi telah memilih Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka untuk menubuhkan kerajaan (saya tidak ingat berapa perangakaannya?).

Dalam konsep demokerasi dimana kerajaan ditubuhkan dengan cara pilahanraya yang mana pihak yang mendapat majority adalah yang akan menjadi kerajaan yang mewakili rakyat. Apabila kerajaan itu ditubuhkan, maka rakyat perlu akur atau mematuhi undang-undang yang diwujudkan dan dikuatkuasakan. Salah satunya ialah undang-undang yang mewajibkan rakyat membayar cukai.

Dalam kes Malaysia, Kerajaan Negeri akan menerima hasil mengikut pecahan seperti berikut:
1.    Hasil Cukai Tanah (perlu dibayar oleh pemilik tanah dinegeri berkenaan kepada Kerajaan Negeri)
2.    Hasil Premium Tanah (perlu dibayar oleh sesaorang yang telah diberikan hak untuk memiliki tanah didalam negeri berkenaan yang dipohon dari kerajaan negeri)
3.    Hasil royalty jualan pasir
4.    Hsil royalty balak.
5.    Grant daripada kerajaan persekutuan (Grant yang dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri berdasarkan hitungan bilangan penduduk)
6.    Lain-lain hasil.
7.    Cukai Pintu (cukai yang dibayar kepada Majlis Bandaraya, Majlis Tempatan, Majlis daerah oleh pemilik premis bangunan yang terletak didalam kawasan kerajaan tempatan berkaitan.
8.    Zakat fitrah dan zakat harta/pendapatan yang wajib dibayar oleh orang muslim dibayar kepada Majlis Ugama Islam Negeri.

Didalam scenario negeri Perak sekarang, rakyat Perak boleh mengambil tindakan dengan tidak mahu membayar cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri sekarang iaitu kerajaan Barisan Nasional kerana ia bukan kerajaan wakil rakyat yang sah disegi undang-undang (No Tax Without Representation).

Oleh itu saya cadangkan rakyat Perak boleh mengambil tindakan Civil Disobedience seperti berikut:

1.    Semua rakyat Perak yang sayangkan demokrasi dan percaya kepada demokrasi anda mengambil tindakan tidak membayar semua cukai tanah mulai tahun 2009 ini kepada kerajaan BN negeri yang baru ditubuhkan, kerana ia kerajaan yang tidak sah dari segi undang-undang tubuh kerajaan negeri (Ini bermakna kerajaan tersebut bukat kerajaan yang mewakili rakyat – No tax without representation). Ini akan menyebabkan hasil kerajaan negeri akan kurang dengan banyaknya (hasil cukai tanah adalah 1/3 dari hasil kerajaan negeri) dan akan memberikan tekanan kewangan kepada mereka. Walaubagaimanapun sebagai warganegara yang baik anda perlu membayar semua cukai tersebut apabila kerajaan yang sah berkuasa semula atau jika diadakan pilihanraya, kerajaan yang sah pada masa itu yang telah dipilih rakyat tidak kira samada PR atau BN. Dalam kes ini kerajaan sediada sekarang, samada sah atau tidak, mungkin akan mengambil tindakan merampas tanah (mengikut undang-undang, tanah boleh diambil semula oleh kerajaan sekiranya cukai tidak dibayar), tetapi ia akan memakan proses perundangan dan mengambil masa. Jika kerajaan yang tidak sah sekarang mengambil tidakan seperti ini ia boleh dipertikaikan dari segi undang-undang kerana BN bukan kerajaan yang sah dan tidak berhak mengenakan cukai kerana konsep “No Tax Without Reprentation”. Jika ia melakukan secara paksa wakil rakyat PR boleh gunakan isu ini sebagai tindakan zalim kerajaan tersebut.

2.    Cukai pintu yang perlu dibayar kepada kerajaan tempatan(majlis perbandaran, majlis daerah). Anda juga boleh mengambil tindakan yang sama dengan tidak membayar dahulu pembayaran cukai tersebut. Ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan tempatan dan secara tidak langsung juga kepada kerajaan negeri kerana kekurangan kewangan kerataan tempatan perlu ditampung oleh kerajaan negeri yang semamangnya telah kekurangan hasil dari cukai tanah. Dalam kes ini kerajaan sediada sekarang, samada sah atau tidak, mungkin akan mengambil tindakan mneyita premis berkenaan (mengikut undang-undang, premis boleh disita oleh kerajaan sekiranya cukai tidak dibayar). Jika kerajaan yang tidak sah sekarang mengambil tidakan seperti ini ia boleh dipertikaikan dari segi undang-undang kerana BN bukan kerajaan yang sah dan tidak berhak mengenakan cukai kerana konsep “No Tax Without Reprentation”. Jika ia melakukan secara paksa wakil rakyat PR boleh gunakan isu ini sebagai tindakan zalim kerajaan tersebut.

3.    Bagi orang islam(Muslim) Zakat wajib dibayar tidak kira samada kerajaan sekarang sah atau tidak atau tiada kerajaan. Sebenarnya zakat boleh dibayar terus kepada orang yang memerlukan seperti orang miskin atau anak yatim dan jika kita membayar terus kepada mereka mengikut kiraan yang ditetapkan, bermakna kita telah melaksanakan kewajipan terhadap agama. Dalam keadaan dunia pentadbiran moden dimana telah diwujudkan institusi yang sah, maka kita perlu membayar mengikut saluran yang betul. Jika kita tidak membayar mengikut saluran yang betul kita tidak boleh mendapatkan pengecualian cukai pendapatan. Oleh itu saya cadangkan kepada rakyat/voters muslim dinegeri perak, bayar zakat anda dinegeri pakatan rakyat yang lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Dengan cara ini anda dapat memberikan tekanan kewangan kepada BN dan dapat membantu Negeri PR yang lain.

Sekian terima kasih.

P. Samsuri



Comments
Loading...