Apakah Pergolakan di Perak Membawa Kepada Darurat?


Saya tidak menjanga perang tempoyak itu akan berhenti dalam masa terdekat. Melihat kepada kesungguhan tragedi rasmpasa kuasa, 6 Februari itu dimanipulasikan ia akan membawa ke satu pengakhiran lebih trajis.

Sayuti Omar

 

WAP perang tempoyak di Perak kini nampaknya sudah merebak ke negeri-negeri lain. Pergolakan yang berlaku itu benar-benar memiliki sifat tempoyak yang berbau tetapi enak untuk dicecah dengan budu, cancaluk atau belacan.

Keadaan ini nyata apabila semalam dua kumpulan Melayu di Selangor dan Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubug apa yang berlaku di Perak.

Seratus orang Umno Ampang Jaya membuat laporan polis ke atas cadangan Menteri Besar Rakyat, Nizar Jamaluddin untuk menyaman Menteri Besar Perak yang baru Zambry Abdul Kadir yang dianggap tidak sah.

Manakala di Pulau Pinang Pemuda Umno membuat laporan polis ke atas Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Laporan polis itu juga berhubung dengan kenyataan mereka tentang kemelut politik tempoyak di Perak.

Saya pecaya selepas ini makin banyak lagi kumpulan nasionalis Melayu berketurunan Pak Pandir, Lebai Malang atau pun Labu akan bangkit membuat laporan polis mengenai apa-apa saja yang berlaku di Perak itu. Umno mungkin mengarahkan ahlinya di semua negeri akan membuat laporan ke atas Karpal Singh atas nama mempertahankan institusi raja!

READ MORE HERE



Comments
Loading...