Antara Cikgu Ya dan V Arumugam


TINDAKAN Adun Bukit Selambau, V Arumugam mengosongkan kerusi DUN berkenaan satu tindakan yang berat untuk dilakukannya. Pasti ugutan yang diterimanya sudah tidak tertahan menyebabkan beliau tidak ada pilihan lain, melainkan berbuat keputusan yang menyeksakan itu.

Pakatan Rakyat Kedah seharusnya berterima kasih atas pengorbanan V Arumugam itu. Walaupun ianya mungkin berpuca daripada kesilapan dilakukan V Arumugam sendiri yang mendedahkan dirinya kepada timbul masalah yang mengheret beliau mengambil tindakan itu, namun langkah itu patut dipuji.

Setidak-tidak V Arumugam tidak tergamak melemparkan tahi kepada orang yang memberinya peluang menduduki jawatan Exco atau mengkhinati rakyat yang menyokognnya dalam pilihan raya umum lalu. Arumugam bukan saja berjiwa besar tetapi seorang yang jujur!

Seperti mana dakwa Arumugam beliau pernah ditawarkan wang RM 5 juta supaya meninggalkan PKR dan menyertai BN. Namun beliau tidak teruja dan terpesona dengan tawaran itu. Wang ternyata tidak bisa menggugah dan merubah sokongan dan keyakinannya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau tidak mahu menjadikan cacian dan cumuhan rakyat sebagai legasi kerjaya politiknya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...