Bukit Gantang Dan Bukit Selambau


Mampukah Membela Maruah Pakatan Rakyat

Pengalaman selama 11 bulan kerajaan Pakatan Perak yang lalu mungkin memberi pengajaran kepada pengundi Melayu untuk terus memilih Umno pada pilihan raya kecil itu.

PEMERGIAN mengejut ahli Parlimen Bukit Gantang, Ruslan Shahrum semalam serta perletakan jawatan (juga mengejut) oleh Adun Bukit Selambau, V Arumugam sebagai anggota Exco Kedah dan wakil rakyat kerusi itu merubah momteum politik di Perak. Takdir yang menimpa ke atas kedua wakil rakyat itu seperti diatur untuk menenangkan suasana di Perak yang 'menghawa' beberapa hari ini.

Dengan takdir itu kini tidak semena-mena permerhatian politik berpecah kepada kedua bukit itu – Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan tidak tertumpu sangat kepada Perak. Takdir itu juga turut merubah konsentrasi umum kepada pergolakan politik di Perak.

Kebetulan, Bukit Gantang terletak dalam negeri Perak yang politiknya bergolak. Manakala Bukit Selambau pula terletak di Kedah sebuah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang juga berkeadaan nyawa-nya ikan. Situasi itu menjadikan keduanya diberi perhatian dengan penuh minat khasnya oleh Pas dan PKR.

Pemerhatian kepada pilihan raya kecil di kedua kawasan itu tidak boleh dielakkan kerana keperluan itu mengikut peraturan yang jelas. Baik Pas atau PKR tidak dapat untuk berhelah apa-apa berhubung dengan pilihan raya kecil bakal diadakan melainkan kena menerima hakikatnya.

READ MORE HERE



Comments
Loading...