Adakah Gambar Sebegini Setanding Kertas Undi?


Sejak kebelakangan ini, isu "moral" telah dijadikan sebagai sejenis alat untuk memaksa sesetengah tokoh pemimpin daripada mengundurkan diri, Anwar, Chua Soi Lek, ADUN Bukit Selambau merupakan mangsa mereka! Ya, inilah cara paling senang, tidak perlu modal yang banyak, gambar sudah memadai untuk mencapai matlamat nia.

Cubalah lihat, hari ini video Chua Soi Lek diedarkan, esok dia terus mengundurkan diri, diikuti ADUN Bukit Selambau, dan kini Elizabeth Wong.

Nampaknya "mereka" ini berjaya lagi, kejayaan yang keji! Sesetengah pemimpin yang beranggapan dirinya "bermoral tinggi" ingin memaksa Eli daripada mengundurkan diri, tetapi adakah kita terfikir, kebenaran di sebalik insiden ini?

Bagi saya, beliau tak salah, kenapa?

1) Orang yang menangkap dan mangsa yang ditangkap gambar.

Secara logik, siapa yang salah? Orang yang menangkap dan mangsa yang ditangkap gambar? Contoh: seorang mangsa dirogol, siapa yang salah? orang yang merogol atau orang yang dirogol? jangan beritahu saya kerana mangsa berpakaian seksi lalu menyebabkan mereka berlakuan sedemikian! Kanak kanak berumur 3 tahun juga tahu ini salah orang yang merogol! Kalau kita berpendapat Eli perlu undur atas kejadian ini, adakah kita juga mengiktiraf tindakan orang yang menangkap gambar ini sah?

Daripada sumber berita, gambar tersebut ditangkap ketika Eli masih tidur maka ini telah menunjukkan Eli adalah tidak tahu masa dia ditangkap gambar.

Sekiranya tindakan tidur secara bogel juga dianggap salah, maka adakah pemimpin perlu bertimbang untuk memakai ketika mandi? Ya untuk mengelakkan daripada gambarnya ditangkap, tapi demi masa depan politik anda, baik anda ikut saja.

Read the rest here, Chinese translation included



Comments
Loading...