Ahmad Said Tidak Berdiri Digaris Tengah?


Apakah Ahmad Said berani bersumpah "muhabalah" mengakui yang SPRM benar-benar telus, bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu berkuasa?

HASRAT Abdullah Ahmad Badawi untuk meninggalkan satu legasi beliau sebagai PM kepada negara mungkin tidak mencapai sasaran. Sebelum ini Abdullah beriya-iya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan sebelum beliau berundur. Beliau mahu meninggalkan satu kenangan bermakna kepada negara.

Rakyat pun menaruh harapan atas hasrat murni Abdullah itu dan pembentangan SPRM di parlimen dialu-alukan. Harapan rakyat selepas ini SPRM benar-benar menjadi telus dan dapat membenteraskan gejala rasuah.

Tetapi dengan sikap berat sebelah dan amat tidak profesional Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said yang membuat ulasan berhubung kes membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam, segala harapan murni rakyat itu musnah sama sekali. Harapan rakyat hancur berkercai.

Kenyataan Ahmad semalam mencerminkan bahawa SPRM terang-terang campur tangan untuk membantu pihak lain dan melayak pihak lain.

Semalam Ahmad memberi ulasan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh yang Khalid telah melakukan kesalahan. Dari segi teknik katanya ia sudah jelas. Apakah maksud dan tujuan beliau membuat kenyataan berkenaan?

Apakah wajar sebagai sebuah suruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Apa yang dijelaskan oleh Ahmad semalam seolah-olah Kahlid terlah pun bersalah.

READ MORE HERE



Comments
Loading...