Program Sempena Setahun Kerajaan Pakatan Rakyat


Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Sambutan  Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor sempena setahun bulan depan.

Sambutan itu akan berlangsung mulai 8 Mac hingga ke majlis kemuncaknya pada 21 Mac di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sambutan akan dimulakan dengan mengadakan satu perjumpaan khas antara Menteri Besar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor di Shah Alam. Dianggarkan 4,000 orang akan menghadiri majlis perjumpaan tersebut.

Selepas program itu, kerajaan negeri akan meneruskannya dengan satu program lain yang dipanggil ‘Wisel Stop’ yang dijadualkan bermula pada 14 Mac di Hulu Selangor,15 Mac di Gombak (sebelah pagi, sebelah petang atau malam akan bergerak ke Petaling Jaya),16 Mac ke Hulu Langat, 17 Mac ke Sepang (sebelah petang ke Kuala Langat),18 Mac ke Klang, 19 Mac ke Kuala Selangor, 20 Mac ke Sabak Bernam dan 21 Mac di Shah Alam.

Read the rest here



Comments
Loading...