Melayu pelingkup Melayu


Saya menerima tulisan di bawah melalui email. Saya tak pernah baca lagi. Mungkin anda juga tak pernah walaupun setelah membuat carian, saya dapati ia telahpun disiarkan dalam beberapa blog.

Saya tak tahu sama ada benar atau semata-mata dakwaan tidak berasas. Mungkin ia akan mendapat perhatian dari beberapa pertubuhan seperti Umno, Perkasa, Pewaris dan Pekida. Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60% dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

READ MORE HERE



Comments
Loading...