Anwar temui Abdullah Badawi


(Suara keADILan) – SETELAH selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Ketua Umum Anwar Ibrahim bersama dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah bertemu di Hulu Langat tengah hari tadi.

Menurut catatan Anwar di blognya, Anwar dan Abdullah menghadiri satu majlis sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Pengasas Madrasah Nurul Iman Tuan Guru Sheikh Mahmud Al Majzub.

Anwar dalam catatanya berkata, beliau tiba bersama isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba lewat akibat urusan prosiding Mahkamah Tinggi dan dimaklumkan kehadiran Abdullah ketika tiba di majlis berkenaan.

“Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir,” katanya menerusi Anwaribrahimblog.com

Selain itu, Anwar turut bersembahyang Zohor berjemaah sebelum berlepas ke Parlimen. Turut hadir di majlis berkenaan ialah ekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin Bhalakula dan ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani.



Comments
Loading...