Bagaimana Kita Mampu Menjayakan Pakej Stimulus Ke-2


Akhirnya kerajaan bersedia menerima negara akan ditimpa seluruh impak buruk krisis kewangan global. Baguslah, walaupun agak lambat. Sejak bulan November lalu, Pakatan Rakyat mahu kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kesan kelembapan ekonomi.

Betul kita tidak terkesan secara langsung krisis sub-prima kerana pendedahan kita terlalu minima terhadap segala produk-produk canggih derivatif gadai-janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat, agak berbeza halnya  dengan negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah.

Kesemua  negara-negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi lebih awal dengan membawa dengannya satu senario ngeri yang bakal ditanggung oleh rakyat masing masing. Ia persis kelembapan ekonomi tahun 1929 dalam ”The Great Depression’. Kemelesetan pertumbuhan di United Kingdom menguncup sebanyak -2.8%, Jepun -2.6% dan Singapura -4.9%. Diramalkan kemelesetan global kali ini sama dahsyat dengan 1929.

Kini kita mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1% pada suku akhir 2008 daripada 4.7% pada suku ketiga 2008. Bahawa negara akan mengalami kemelesetan atau ’recession’ bukan lagi satu ramalan bahkan satu yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami seperti ilmu Sains Rocket.

READ MORE HERE



Comments
Loading...