Kerana Bangkit Isu Pembunuhan Altantuya, Govind Singh Deo Diperintah Keluar Sidang


http://msomelayu.blogspot.com/

PARLIMEN Malaysia begitu alergik untuk mendengar nama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh kemudian mayatnya diletup di hutan simpan Puncak Alam dua tahun lepas.

Gara-gara membangkitkan soal pembunuhan Altantuya dan mengaitkan dengan nama ahli Parlimen Pekan,Mohd Najib Razak, ahli Parlimen Puchong, Govind Deo diperintah keluar sidang oleh Timbalan Speaker, Ronald Kiandess.

Govind ketika membahas peruntukan tambahan untuk Jabatan Perdana Menteri telah memperli kerajaan tidak guna mempunyai bangunan mahkamah yang baik tetapi perlaksanaan keadilan meragukan,

Beliau lantas menyebut isu kes pembunuhan Altanyuta yang cuba dikaitkan dengan Mohd Najib.
Tindakan Govind itu terkeluar daripada butiran perbahasan menyebabkan Ronald Kiandee memberi amaran supaya tidak cuba membangkitkan persoalan yang terkeluar dari butiran perbahasan.

Govind tidak berganjak dan terus cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu dengan mengaitkan nama Mohd Najib dan meminta Najib menjelaskannya. Laporan dari akhbar Leberation, Perancis ada menyebut Najib terlibat dengan pembunuhan itu.

Menyedari sikap kerenah Gobind Deo yang enggan berhenti daripada cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu menyebabkan Ronald Kiandee tidak ada pilihan lain memerintah Govind keluar dari sidang sehingga tamat sessi petang.

Govind seperti bapanya berkeras untuk tiak mahu keluar dan terus duduk di kerusinya. Laungan ahli Parlimen pembangkang agar Govind keluar terus memecah dewan.

Kerana asakan bertubi-tubi Govind akhirnya keluar.

Semasa Govind keluar giliran ahli Parlimen pembangkang pula melaung mempersoalkan tindakan ke atas Govind sebagai tidak adil dan tidak patut.

Terdengar laungan ahli parlimen dari pembangkang melaung kenapa halau ahli Parlimen Puchong itu keluar. Apa salahkah bangkitkan soal pembunuhan itu kerana ia sekadar mahu penjelasan sahaja, laung seorang ahli Parlimen pembangkang.



Comments
Loading...