Ayat Jampi Dan Besi Bat


WAH…Umno betul-beyul Melayulah… Melayu yang masih kuat kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib, tahyol, bomoh dan juga hantu. Nak tergelak saya bila membaca berita tentang penemuan kertas jampi dan kayu yang dibungkus dalam kertas yang diletakkan secara misteri di bawah meja Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno, di PWTC.

Katanya kertas itu ditemui terselit di bawah meja presiden oleh pasukan polis yang melakukan pemeriksaan rutin bila berkenaan setiap kali sebelum diadakan mesyuarat. Saiz kertas itu kecil boleh muat dalam mulut, sebesar ibu jari ko. Di dalamnya tertulis dengan huruf Jawi.

Kerta berkenaan kini telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikaji.

Apakah agaknya maksud dan erti yang ditulis dikertas itu? Sayangnya ramai orang Melayu sudah tidak tahu membaca jawi kalau tidak tahulah apakah erti dan makna ayat-ayat itu. Itulah silap orang Umno juga kerana menghapuskan tulisan jawi di sekolah. Mohamad Khir Johari lah bertanggungjawabnya. Semasa beliau jadi menteri pelajaran beliau hapuskan mata pelajaran jawi. Iras-iras macam Hishamuddin agaknya yang mempertahankan PPSMI.

READ MORE HERE



Comments
Loading...